Utusan Borneo (Sarawak)

Keutamaan baiki sekolah dan institusi pendidikan terjejas ribut

-

TEMERLOH: Kementeria­n Kerja Raya memberi keutamaan kepada kerja pembaikan sekolah dan institusi pendidikan yang rosak akibat ribut daripada ekor taufan Lekima, Jumaat lalu.

Timbalan Menterinya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata setakat ini, mereka masih menunggu laporan daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan selanjutny­a.

Sehubungan itu, Mohd Anuar menggesa sekolah yang terjejas segera membuat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk dipanjangk­an kepada KPM diikuti kementeria­n beliau.

“Kita akan menghantar jurutera daerah untuk melihat dan membuat anggaran kerosakan supaya apabila peruntukan ada, kita dapat segera mencari kontraktor yang berkelayak­an untuk membaikiny­a,” katanya.

Mohd Anuar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat sempena Hari Raya Aidiladha anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Temerloh dan Anih Berhad di Lanchang Permai di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia