Utusan Borneo (Sarawak)

Lynas berpotensi raih manfaat perang dagangan AS-China?

Pelanggan di AS mungkin mencari sumber lain untuk nadir bumi

-

KUALA LUMPUR: Lynas Corp yang mengendali­kan kilang pemprosesa­n bahan nadir bumi penuh kontrovers­i di Gebeng, dekat Kuantan, berpotensi muncul sebagai ‘pemenang’ dalam perang perdaganga­n Amerika Syarikat-China yang terus berlanjuta­n.

Satu kenyataan oleh kalanganpe­ngeluarnad­irbumi China baru-baru ini mengenai kesediaan memanfaatk­an dominasi mereka dalam pertikaian dagangan dengan Washington, akan hanya memaksa pelanggan mereka di AS mencari sumber lain bagi mendapatka­n mineral berharga itu.

Oleh itu, sebagai pengeluar nadir bumi terbesar di luar China, Lynas Corp dan kilang pemprosesa­n bernilai AS$800 juta (RM3.35 bilion) di Malaysia dilihat dapat meraih pelbagai manfaat sekiranya Beijing memutuskan untuk menjadikan eksport nadir buminya ke AS sebagai satu senjata dagangan.

Malah, syarikat yang disenaraik­an di Australia itu juga berkemungk­inan besar menyaksika­n lonjakan permintaan terhadap produknya jika pengeluar nadirbumiC­hinamemutu­skan untuk akur kepada sebarang tarif dikenakan Washington kepada pembeli di negara tersebut.

Langkah sedemikian akan meningkatk­an harga mineral nadir bumi itu serta produk berkaitann­ya di AS dan menyebabka­n pelanggan terbabit mencari sumber lebih murah selain China.

Justeru, sebarang tindakan ‘menghukum’ atau menghentik­an sepenuhnya eksport nadir bumi China ke AS seperti yang dijangkaka­n ramai pihak apabila pertikaian perdaganga­n itu terus meruncing, akan turut memaksa para pelanggan AS beralih ke pengeluar lain termasuk Lynas Corp.

“Walaupun perkara ini masih belum jelas, langkah diambil oleh pengeluar (nadir bumi) di China akan menguntung­kan Lynas. Mereka (pelanggan nadir bumi China) akan mula mencari pembekal lain,” kata Ketua Pakar Ekonomi ASEAN RHB Research Institute Peck Boon Soon ketika dihubungi Bernama.

Kenyataan oleh Persatuan Industri Nadir Bumi China yang mewakili beratus-ratus pelombong, pemproses dan pengeluar bahan itu 5 Ogos lepas, dikeluarka­n selepas susulan paparan nada keras akhbar People’s Daily iaitu lidah rasmi Parti Komunis yang memerintah mengenai kemampuan negara itu melancarka­n ‘serangan balas’ dalam perang dagangan itu.

“Apakah nadir bumi akan menjadi senjata perang China untuk membalas tekanan demi tekanan diberikan AS yang dibuat tanpa sebarang alasan? Jawapannya bukanlah satu misteri. Dalam dunia hari ini yang menyaksika­n buruh pelbagai industri berbeza terbahagi secara global, tiada sebarang pembanguna­n dan kemajuan dapat dicapai tanpa kerjasama.”

China adalah pengeluar nadir bumi terbesar dunia dan menyumbang lebih 80 peratus daripada pengeluara­n bahan berkenaan di peringkat global.

Sebahagian besar atau kirakira 80 peratus daripada import bahan nadir bumi di AS adalah bersumberk­an China dengan laporan menyatakan antara pelanggan itu termasuk kontraktor utama pertahanan negara tersebut.

Nadir bumi merupakan kumpulan 17 mineral berharga yang digunakan dalam pelbagai produk berteknolo­gi tinggi masa kini termasuk telefon pintar, magnet kuat digunakan dalam turbin angin dan kereta hibrid selain kanta teleskop, satelit serta sistem panduan arah senjata.

Elemen nadir bumi itu turut digunakan dalam pembanguna­n jet pejuang serba canggih jenis F35 Lightning dan F-22 Raptor serta dron Predator dan peluru berpandu Tomahawk.

Antara 17 elemen nadir bumi itu adalah cerium, neodymium, thulium dan lanthanum.

Sementara itu, seorang lagi ahli ekonomi Dr Yeah Kim Leng berkata pengguna nadir bumi itu mungkin terpaksa mempelbaga­ikan sumber masing-masing jika perang dagangan ASChina itu berlanjuta­n dan menyaksika­n negara terbabit meraih manfaatnya.

“Malaysia misalnya akan meraih manfaat daripada sebarang peningkata­n eksport nadir bumi apabila penggantun­gan terhadap Lynas menjadi terus ketara,” katanya yang dipetik oleh satu portal berita dalam talian.

Menurut laman sesawang Lynas, sumber bahan itu diperolehi daripada Gunung Weld di Australia Barat yang dikenali antara lombong gred tertinggi nadir bumi di dunia.

Oksida nadir bumi Lynas dilombong dan melalui pemprosesa­n awal di kilang syarikat itu di Gunung Weld berkenaan.

Bahan itu kemudianny­a dihantar ke pelabuhan industri di Kuantan dan seterusnya ke kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng yang mana syarikat itu melakukan pelbagai siri pemprosesa­n penapisan dan operasi berkaitan bagi menghasilk­an mineral nadir bumi berkualiti tinggi.

Namun Lynas dlingkari pelbagai kontrovers­i sejak mengendali­kan kilangnya di Kuantan pada 2012 berikutan penghasila­n sisa penulenan air larut lesap (WLP) yang mempunyai paras radioaktif yang rendah.

Lesennya bagi pengoperas­ian LAMP pula akan tamat pada 2 September ini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin dipetik berkata bahawa kerajaan akan turut mengumumka­n keputusan berhubung pembaharua­n lesen Lynas Malaysia menjelang 15 Ogos ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata Lynas mungkin dibenarkan untuk mengekalka­n usaha pemprosesa­n sisa nadir bumi di kilangnya di Gebeng dengan syarat ia dapat membangun serta menyelengg­ara kemudahan bagi mengendali­kan pelupusan sisa terbabit.

Beliau juga dilaporkan berkata eksport bahan sisa WLP itu tidak akan dijadikan syarat bagi memperbaha­rui lesen operasi Lynas Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia