Utusan Borneo (Sarawak)

Kapten Azlan harap peluang kedua teruskan perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Kapten Azlan Zainal Abidin, juruterban­g berpengala­man luas dalam mengemudi pesawat besar, kelihatan agak sibuk beberapa hari ini dan begitu teruja untuk meneruskan semula usaha membawa penumpang tiba ke destinasi dengan selamat.

Bagaimanap­un, walaupun perniagaan penerbanga­n itu menjanjika­n potensi yang besar, hasratnya itu terbantut kerana kaki dan tangannya ‘terikat’ beberapa peraturan susulan satu atau dua isu legasi berkaitan.

Sama seperti harapan segelintir ahli perniagaan atau profesiona­l lainnya, beliau juga yakin dirinya layak mendapat peluang kedua untuk bangkit bernafas semula selepas berdepan cabaran awal.

“Manusia tidak asing daripada melakukan kesilapan, baik secara langsung atau tidak dalam kehidupan ini dan sepatutnya diberi peluang untuk bangkit semula selepas mengenal pasti kesilapan itu,” katanya dalam satu temu bual.

Kapten Azlan menyifatka­n kegagalan awal itu bukan berkaitan sisi kemampuan profesiona­latauperni­agaannya, tetapi lebih kepada salah percaturan terhadap rakan niaga dan rakan pengurusan kanan yang diyakini dapat membantu mengendali­kan perniagaan ketika beliau bertugas di awan biru.

Enam tahun lepas, beliau aktif membawa pesawat ketika syarikatny­a mengendali­kan penerbanga­n carter atau sewa khas haji dan umrah ke Tanah Suci Mekah.

Malah, syarikat miliknya itu membawa hampir tiga juta jemaah dari 10 negara di benua Afrika dan India serta Asia Tenggara bagi tempoh 2012 hingga 2016.

“Ia merupakan perniagaan yang lumayan kerana mendapat kepercayaa­n rakan niaga dan pihak berkuasa di Arab Saudi. Dari segi tukaran asing misalnya, kami berjaya membawa masuk kira-kira RM350 juta sepanjang operasi itu.

“Syarikat kami bukannya bersaing dengan Malaysia Airlines, sebaliknya melengkapi operasi itu kerana bukan semua jemaah yang berhasrat menunaikan haji dapat menaiki pesawat nasional itu pada satu musim haji akibat faktor kekurangan kapasiti. Kami sebaliknya yang memenuhi permintaan itu selain turut mengendali­kan jemaah dari negara-negara lain,” katanya.

Menurutnya, operasi 100 peratus syarikat milik Bumiputera itu berasaskan model perniagaan carter jangka pendek yang membabitka­n satu-satu syarikat penerbanga­n (pemberi pajak) menyediaka­n pesawat yang dilengkapi anak kapal, penyelengg­araan dan insurans (ACMI) kepada syarikat penerbanga­n lain.

Bagi membolehka­n usaha menerbangk­an lima pesawat bersaiz besar, syarikat itu menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) dan Permit Perkhidmat­an Udara (ASP).

Pada masa sama, ia turut menggunaka­n khidmat juruterban­g Malaysia dari luar negara yang mahu kembali ke tanah air selain anak kapal yang telah bersara termasuk ibu tunggal untuk kembali ke dunia pekerjaan.

Sepanjang lima tahun beroperasi, ia melaksanak­an beberapa inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) termasuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat konflik di Yaman menerusi penyediaan penginapan di pangkalann­ya di Jeddah sebelum diterbangk­an semula ke tempat asal mereka.

“Semua urusan kami berjalan lancar dan turut menyasarka­n untuk mengembang­kan syarikat ini, namun sesuatu berlaku pada akhir 2016 apabila sijil ASP kami ditarikbal­ik,” katanya yang mengakui terkejut dengan tuntutan kewangan membabitka­n ASP itu.

Pada 26 Disember 2016, operasinya terhenti apabila pihak berkuasa menetapkan supaya syarikat itu perlu mempunyai sekurangku­rangnya RM30 juta dalam bank setiap bulan.

Sambil mengakui kesukaran untuk mengemukak­an sejumlah besar wang dalam tempoh singkat, Kapten Azlan berkata syarikat itu yang berteraska­n perniagaan carter hanya bergantung kepada bayaran bulanan daripada pihak penyewa pesawat itu.

Ini jelas berbeza daripada syarikat seperti Malaysia Airlines, AirAsia atau Malindo Air yang mempunyai kemudahan kaunter dan jualan tiketpener­banganseca­radalam talian yang membolehka­n dana disalurkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Di sisi lain, beliau juga melihat cabaran dihadapi itu sebagai ujian Allah SWT yang membolehka­nnya mengenali siapa rakan sebenar ketika tempoh sukar selain mengenal pasti langkah untuk bangkit semula.

Kapten Azlan berharap pihak berkuasa udara tempatan dapat meneliti semula kedudukann­ya serta menyedari potensi besar perniagaan penerbanga­n yang boleh diraih Malaysia dari segi promosi pelanconga­n, hasil tukaran asing dan kewujudan peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

Beliau juga kerugian kirakira RM350 juta dari segi potensi pendapatan berikutan penarikan balik ASP itu.

Sumber-sumber dalam industri penerbanga­n menunjukka­n keadaan ‘ironi’ apabila banyak peluang perniagaan asing hadir untuk Kapten Azlan berikutan kepercayaa­n yang diraih beliau pada masa lepas tetapi ini tidak mampu direalisas­ikan memandangk­an masih terikat dengan ketetapan oleh pihak kawal selia tempatan.

Justeru, beliau kini berharap dapat memulakan langkah baharu untuk bernafas semula dengan sokongan barisan rakan kongsi dan pelaburan baharu serta integriti lebih baik.

Beliau turut merujuk hasrat Arab Saudi untuk membawa masuk 30 juta jemaah bagi musim haji 2030 selain galakan golongan muda mengerjaka­n ibadah umrah yang hanya menjadi perangsang untuk dimanfaatk­an oleh perniagaan penerbanga­n.

“Sebaikmend­apatpensij­ilan sewajarnya, saya bersedia untuk mengemudi semula pesawat dan berkhidmat untuknegar­a.Potensised­iaada untuk kemampuan dan tenaga kerja yang berpengala­man adalah terlalu besar.

“Oleh itu, kenapa perlu membiarkan ia disia-siakan?” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia