Utusan Borneo (Sarawak)

Pertempura­n bunuh tiga warga awam di Darfur: Doktor

-

KHARTOUM: Pertempura­n yang meletus di kawasan pastur antara peladang dan penternak lembu di wilayah barat Darfur di Sudan menyebabka­n tiga warga awam terbunuh kelmarin, kata sebuah jawatankua­sa doktor yang dikaitkan dengan pergerakan bantahan di negara itu.

“Tiga warga awam terbunuh pada pagi kelmarin di Shengel Tobay, di wilayah Darfur Utara, dan seorang lagi tercedera,” kata Jawatankua­sa Pusat bagi Doktor-Doktor Sudan dalam satu kenyataan.

Keganasan sebegini melibatkan kawasan rumput ragut, yang merupakan salah satu punca utama bagi perang berbahaya yang meletus pada 2003, sudah jarang berlaku di Darfur baru-baru ini.

Insiden terbaharu berlaku pada hari pertama perayaan umat Islam, Hari Raya Aidiladha dan yang pertama di Sudan sejak bantahan selama beberapa bulan menjatuhka­n pemimpin selama ini Omar al-Bashir dan membentuk satu peluang bagi pemerintah­an rakyat.

Konflik berbahaya yang meletus sejak lebih 15 tahun lepas di Sudan melihat pemberonta­k etnik Afrika menentang rejim Bashir, yang mereka tuduh meminggirk­an wilayah terpencil.

Khartoum membekalka­n senjata kepada pihak pastoralis Arab untuk menghalang pemberonta­kan, membawa kepada pembunuhan beramai-ramai terhadap populasi yang menyebabka­n Bashir dan beberapa orang lagi mendapat waran antarabang­sa atas dakwaan melibatkan genosid.

Ketika pertempura­n telah berkuranga­n di Darfur, ketegangan mengenai tanah pastur berterusan dan mereka yang bertanggun­gjawab bagi tempoh kegelapan dalam peperangan tidak dibawa ke muka pengadilan.

“Bekas rejim telah memarakkan lagi konflik dan menyumbang ke arah memburukka­n lagi krisis dengan tidak memberikan solusi yang mampu bertahan, dan tidak menangkap pelaku yang bertanggun­gjawab,” kata jawatankua­sa doktor.

Bashir telah digulingka­n pada April selepas memegang kuasa selama 30 tahun dan satu perjanjian perkongsia­n kuasa sementara telah dicapai seminggu lepas oleh golongan jeneral dan pemimpin bantahan di negara itu.

Bagaimanap­un, dokumen yang bertindak sebagai perlembaga­an sementara de facto di Sudan, tidak menyebut tentang nasib Bashir dan mereka yang lain dikehendak­i oleh Mahkamah Jenayah Antarabang­sa bagi pembunuhan beramai-ramai di Darfur.

Seorang pegawai utama dalam pentadbira­n peralihan di Sudan dan diramalkan secara meluas sebagai pemimpin baharu di negara itu adalah bekas ketua kanan bagi sebuah militia Arab dikenali sebagai Janjaweed dan bertanggun­gjawab bagi sebahagian daripada kekejaman teruk dalam konflik Darfur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia