Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Yaman kecam ‘kudeta’ disokong UAE selepas puak pemisah rampas istana presiden

-

ADEN: Puak pemisah selatan di Yaman pada Sabtu berkata mereka telah merampas istana presiden di bandar raya kedua Aden selepas pertempura­n yang sengit dengan tentera yang setia kepada kerajaan, seterusnya mendorong kerajaan untuk mengecam apa yang ia sebut sebagai kudeta yang disokong oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pertelingk­ahan berdarah itu mencermink­an perpecahan yang mendalam antara puak pemisah dengan tentera yang setia kepada kerajaan, kedua-duanya telah berperang dengan puak pemberonta­k Huthi Syiah.

Presiden Yaman, Abderabbo Mansour Hadi, yang berpangkal­an di Arab Saudi, disokong oleh perikatan pimpinan Riyadh yang berperang dengan puak Huthi yang berasal dari utara Yaman.

Namun satu lagi kuasa dalam perikatan anti-Huthi, yang dilatih oleh UAE – sekutu Riyadh, sejak Rabu lepas telah bertempur dengan tentera kerajaan di Aden, pangkalan sementara bagi kerajaan Hadi.

Pasukan Kawasan Keselamata­n yang disokong oleh UAE didominasi pejuang yang menyokong Majlis Peralihan Selatan (STC), yang mahu selatan Yaman menjadi sebuah negara merdeka semula seperti dari 1967-1990.

Seorang pegawai Kawasan Keselamata­n lewat Sabtu memberitah­u AFP pasukan itu telah merampas istana presiden – amnya simbolik, kerana ketiadaan Hadi – tanpa sebarang pertempura­n.

“Seramai 200 askar dari Pasukan Pengawal Presiden telah diberi laluan keluar yang selamat dari istana,” kata pegawai itu.

Seorang saksi mengesahka­n kompleks berkenaan sudah diserahkan.

Kerajaan Yaman pada lewat Sabtu menyalahka­n STC dan UAE.

“Republik Yaman meletakkan tanggungja­wab ke atas Majlis Peralihan (selatan) dan UAE bagi kudeta menentang kerajaan yang sah di Aden,” kata kementeria­n luar Yaman di Twitter.

Dalam satu kenyataan, ia menuntut “agar UAE menghentik­an sokongan material dan menarik balik sokongan ketenteraa­n, sertamerta dan sepenuhnya, daripada kumpulan yang telah memberonta­k menentang kerajaan”.

Perikatan Arab Saudi menuntut “gencatan senjata segera” dan mengancam “kekerasan ketenteraa­n terhadap sesiapa sahaja yang melanggar gencatan ini”, seorang jurucakap perikatan dipetik sebagai berkata oleh Agensi Media Saudi yang rasmi.

Riyadh menuntut “mesyuarat segera” antara pihakpihak yang berperang “untuk membincang­kan perbezaan mereka, memberi peluang kepada kebijaksan­aan dan dialog, mengecam perpecahan, menamatkan sengketa dan bersatu”.

Pada awal Sabtu Pasukan Kawasan Keselamata­n mengepung tiga berek tentera di Aden dan merampas senjata.

Jurucakap STC berkata situasi “stabil” dan majlis sedang berusaha untuk memulihkan rangkaian air, yang rosak dalam pertempura­n.

Namun badan pemikir Internatio­nal Crisis Group memberi amaran pertelingk­ahan terbaharu “mengancam untuk membawa selatan Yaman ke dalam perang saudara di dalam perang saudara”.

“Konflik sedemikian akan memburukka­n lagi apa yang sudah menjadi krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia dan menyukarka­n lagi usaha untuk mencapai penyelesai­an politik kebangsaan,” katanya.

Hubungan antara Pasukan Kawasan Keselamata­n dan penyokong setia Hadi sudah tegang selama bertahun-tahun, dan minggu ini bukan kali pertama mereka terlibat dalam pertelingk­ahan bersenjata.

Pada Januari 2018, mereka bertempur selama tiga hari sehingga mengorbank­an 38 orang dan mencederak­an 222 lagi selepas kerajaan menghalang rapat umum oleh puak pemisah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia