Utusan Borneo (Sarawak)

Ada pihak manipulasi kemalangan Lebuhraya Utara Selatan, kata Mazlan

-

KUALA LUMPUR: Terdapat segelintir pihak dikesan memanipula­si kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, Sabtu lepas dengan mengaitkan sentimen perkauman dalam kejadian itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata perkara sedemikian boleh menjejaska­n perpaduan masyarakat dan ketenteram­an awam di negara ini.

“Pelbagai spekulasi telah dibuat di rangkaian komunikasi platform media sosial berhubung kes itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata polis telah mengeluark­an beberapa kenyataan rasmi mengenai punca kejadian itu dan tangkapan telah dibuat terhadap suspek-suspek terlibat bagi membantu siasatan kes itu.

Sehubungan itu, Mazlan menasihatk­an masyarakat agar tidak menyalah guna rangkaian komunikasi dengan cara yang boleh memecah-belah serta mengganggu-gugat perpaduan antara kaum, lantas menjurus kepada polemik perkauman dan keagamaan.

Beliau sekali lagi meminta saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Sabtu lepas, seorang lelaki maut dipercayai selepas terbabit dalam pergelutan susulan perselisih­an faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala LumpurSere­mban, berhampira­n susur Bandar Baru Bangi, di sini.

Akibat kemalangan itu, polis menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

Kelmarin, kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia