Utusan Borneo (Sarawak)

Nenek maut, cucu parah ditetak

-

SHAH ALAM: Seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya cedera parah selepas ditetak lima suspek bertopeng bersenjata­kan parang di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam dekat sini awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, DSP Lim Chee Khoon berkata dalam kejadian pada kirakira jam 4 pagi, mangsa P.Runkanaike­y, 78, maut akibat cedera parah di seluruh badan manakala cucunya, N.Silamparas­an, 22, cedera parah di beberapa bahagian badan.

Lim berkata dalam kejadian itu, cucu mangsa yang merupakan penjual buah kelapa, menyedari kehadiran suspek, bagaimanap­un belum sempat dia mengejutka­n neneknya yang sedang tidur, kesemua suspek telah memecah masuk rumah berkenaan dan menetak mangsa sehingga mati.

“Ketika itu cucunya bersembuny­i di bawah katil dan ketika cuba melarikan diri, dia turut ditetak sehingga cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sabak Bernam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lim berkata selepas kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri menggunaka­n sebuah kereta Toyota Vios berwarna kelabu, bagaimanap­un nombor pendaftara­n kereta berkenaan tidak dapat dikenal pasti.

Katanya hasil pemeriksaa­n pegawainya di tempat kejadian mendapati tiada wang tunai atau barang kemas dilarikan suspek, malah sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger juga tidak dilarikan.

“Polis sedang menyiasat motif kejadian dan usaha memburu kesemua suspek sedang dijalankan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia