Utusan Borneo (Sarawak)

‘Bom mortar’ ditemukan

-

KUALA LUMPUR: Satu objek yang menyerupai bom mortar lama ditemui di sebuah laman rumah di kawasan Kampung Segambut Bahagia, Segambut, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamo­orthy Chinniah berkata polis menerima maklumat daripada pengadu pada jam 10 pagi.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom tiba di lokasi kejadian pada jam 11.40 pagi dan telah menganalis­a serta mengangkat objek berkenaan untuk dibawa ke satu lokasi selamat yang lapang di kawasan berdekatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia