Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan terhadap enakmen dibincang secara teliti: Amirudin

-

SHAH ALAM: Pindaan terhadap Enakmen Pentadbira­n Agama Islam (Negeri Selangor) akan dibincang semula dengan teliti terutama yang melibatkan perkara dan penafsiran Perlembaga­an Persekutua­n.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pada masa ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah juga sedang meneliti kembali pembentang­an kertas tersebut.

“Pihak kerajaan negeri akan membuat perundinga­n sepenuhnya dengan semua pihak dan pemimpin terlibat terlebih dahulu dan kemudian merujuk semula kepada Sultan Selangor.

“Bagi saya ada baiknya perkara ini tidak dibawa hari itu bagi memberi ruang untuk kita bincang dengan lebih terperinci terhadap persoalan ini dan selepas itu barulah saya akan tuntaskan kepada Sultan Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor semalam.

Amirudin bagaimanap­un enggan mengulas sama ada ia akan dibentang pada sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang atau tidak.

Pindaan terhadap enakmen berkenaan menjadi isu apabila usul tersebut dipercayai tidak dapat dibentangk­an pada persidanga­n DUN baru-baru ini selepas ditangguhk­an speaker dewan, Ng Suee Lim sejurus dua hari bersidang.

Ditanya mengapa pindaan berkenaan perlu dilakukan, Amirudin berkata ia melibatkan beberapa pertimbang­an dan perancanga­n dari pihak berkuasa agama Islam negeri.

“Terdapat keperluan untuk melakukan pindaan terhadap enakmen ini pada tahun-tahun sebelum ini tetapi ia terletak kepada pertimbang­an pihak berkuasa agama Islam negeri dan apabila sudah dibuat keputusan baru kita fikir langkah seterusnya,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia