Utusan Borneo (Sarawak)

ECRL rapatkan jurang ekonomi penduduk

-

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilihat mampu merapatkan jurang ekonomi penduduk terutama negeri-negeri yang terlibat dalam jajaran projek itu termasuk Kelantan, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata projek berkenaan adalah selari dengan hasrat Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan Gagasan Kemakmuran Bersama yang mahu gabungan infrastruk­tur tersebut menjadi pemangkin kepada ekonomi masa hadapan.

“Kemakmuran ini bukan sahaja dapat merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat dan wilayah, sebaliknya usaha pembanguna­n ini juga dapat merapatkan jurang ekonomi bandarband­ar di Kelantan dan negeri maju yang lain yang menjadi tumpuan dan untuk kesamarata­an.

“Ini antara penekanan diberikan kepada Kelantan, jika kita lihat sewaktu Perdana Menteri membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 pada Oktober lalu, Kelantan dimasukkan antara enam negeri yang bakal diberi peruntukan pembanguna­n,” katanya. — Bernama KOTA BHARU: Kesedaran ibu bapa dan penjaga di Kelantan untuk mendaftark­an anggota keluarga mereka yang kelainan upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatka­n kad Orang Kelainan Upaya (OKU) masih rendah.

Pengarah JKM Kelantan Said Sidup berkata, malu untuk mendaftark­an anak sebagai OKU dan kurang kefahaman mengenai keistimewa­an pendaftara­n menjadi antara faktor utama kebanyakan ibu bapa enggan mendaftark­an anak mereka.

“Tindakan ini secara tidak langsung akan menafikan hak keistimewa­an dan bantuan anak OKU yang sepatutnya dimiliki dan diberikan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Korban Aidiladha 2019 anjuran Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik serta Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan, yang turut dihadiri Presiden Persatuan Orang Kota Bharu Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Said berkata sehingga kini pendaftara­n OKU di Kelantan masih rendah dengan hanya 39,733 orang telah berdaftar. Daripada jumlah itu, seramai 14,398 individu dikategori­kan mengalami masalah pembelajar­an, diikuti fizikal (12,816), mental (4,404), penglihata­n (3,424), pendengara­n (2,450), pelbagai (1,944) dan pertuturan (297).

Sementara itu, Sheikh Ahmad Dusuki berkata empat ekor lembu dikorbanka­n untuk meraikan kira-kira 200 penerima daripada golongan autisme dan Sindrom Down serta kalangan saudara baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia