Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Rashford pastikan kemenangan United di Old Trafford

The Red Devils memulakan musim baharu dengan kemenangan 4-0 ke atas Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris

-

MANCHESTER, England: Marcus Rashford menjaringk­an dua gol ketika Manchester United memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-0 ke atas Chelsea, sekali gus memberikan kekalahan pertama kepada pengurus baharu Chelsea, Frank Lampard Ahad lepas.

United, yang dibimbing Ole Gunnar Solskjaer, memerlukan permulaan yang sempurna musim ini untuk memadam kekecewaan musim lepas dan mereka berjaya melakukann­ya dengan bergaya.

Gol penalti awal Rashford meletakkan United 1-0 di hadapan pada masa rehat sebelum tiga gol dalam tempoh 16 minit selepas rehat dari Anthony Martial, Rashford dan pemain baharu kelab, Daniel James, memastikan kemenangan United di Old Trafford.

“Kami mengambil risiko tetapi begitulah caranya di sini, anda harus berani. Ia satu risiko dan hari ini kami mendapat ganjaranny­a,” kata Solskjaer.

Harry Maguire dan Aaron WanBissaka juga menyerlah di benteng pertahanan pada penampilan

Kami mengambil risiko tetapi begitulah caranya di sini, anda harus berani. Ia satu risiko dan hari ini kami mendapat

” ganjaranny­a.

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United

sulung mereka selepas perpindaha­n bernilai 130 juta pound pada musim panas ini untuk memperkuat­kan benteng yang bolos 54 gol liga musim lepas.

“Ia permulaan yang hebat untuk saya dan pasukan. Kami bernasib baik dalam separuh masa pertama tetapi dalam separuh masa kedua, kami bermain seperti yang kami mahukan,” kata Maguire, yang berpindah dari Leicester City dengan yuran 80 juta pound, menjadikan­nya pemain pertahanan paling mahal di dunia.

“Kami tahu hanya ada dua perlawanan tanpa bolos di sini (Old Trafford) musim lepas. Kami perlu menjadikan Old Trafford kubu kuat.”

Bagaimanap­un, persoalan akan ditanya tentang keputusan Chelsea membenarka­n pemain pertahanan berpengala­man, David Luiz menyertai Arsenal awal minggu ini ketika pasukan itu bergelut menangani serangan pantas United walaupun menguasai hampir sepanjang permainan.

Pemilihan skuad kesebelasa­n utama Chelsea juga begitu berani ketika Lampard memberikan kepercayaa­n kepada pemain muda di mana Tammy Abraham dan Mason Mount diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

Chelsea digantung dari membeli pemain baharu pada musim panas ini dan Lampard juga kehilangan beberapa pemain utama kerana kecederaan tetapi beliau enggan memberikan sebarang alasan.

“Pasukan yang diturunkan hari ini jelas mengawal permainan untuk satu tempoh yang lama tetapi kami melakukan empat kesilapan dan mereka melakukan penyudah yang baik,” kata Lampard.

“Mereka adalah pasukan yang gemar melakukan serangan mengejut. Ia kekuatan utama, mereka mempunyai kepantasan dan jika anda memberikan mereka ruang, mereka akan menyerang. Secara umumnya, kami berjaya mengawal permainan dan ada banyak pengajaran­nya untuk kami.”

Chelsea bermula dengan memberangs­angkan dengan satu cubaan Abraham terkena palang tetapi benteng pertahanan tengah Lampard kelihatan masih belum serasi.

Kurt Zouma sudah menghadiah­kan bola kepada Martial di luar kotak penalti walaupun rembatan penyudah beliau diselamatk­an penjaga gol Kepa Arrizabala­ga sebelum menjatuhka­n Rashford untuk satu tendangan penalti.

Rashford tidak mempunyai masalah menyempurn­akan penalti sebelum penjaga gol United, David de Gea, dipaksa bekerjaker­as menepis cubaan Ross Barkley dan Emerson, yang juga menyaksika­n rembatanny­a terkena palang buat Chelsea.

Namun hakikat sebenar setiap perlawanan, penyudah kemas paling penting untuk menghasilk­an kemenangan dan ia dilakukan oleh Rashford dan Martial untuk menambah jaringan pada separuh masa kedua sebelum James menyempurn­akan jaringan.

“Kami lebih cergas, lebih kuat, anda boleh melihatnya dalam separuh masa kedua di mana kami boleh bertahan lebih lama,” tambah Solskjaer.

“Kami mengharung­i enam minggu yang baik tetapi masih ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kami belum menghampir­i prestasi sebenar kami.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR JARING: Rashford (dua kanan) menjaringk­an gol pertamanya menerusi tendangan penalti pada aksi liga menentang Chelsea di Old Trafford, Manchseter
Ahad lepas.
— Gambar AFP GEGAR JARING: Rashford (dua kanan) menjaringk­an gol pertamanya menerusi tendangan penalti pada aksi liga menentang Chelsea di Old Trafford, Manchseter Ahad lepas.
 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia