Utusan Borneo (Sarawak)

PSG raih kemenangan selesa 3-0 ke atas Nimes

-

PARIS, Perancis: Paris Saint Germain (PSG) mengenepik­an isu perpindaha­n Neymar dengan memulakan musim baharu Ligue 1 Perancis dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Nimes Ahad lepas.

Neymar, 25, tidak disenaraik­an ke dalam skuad perlawanan selepas pengarah sukan PSG, Leonardo, berkata rundingan tentang kemungkina­n satu penjualan penyerang antarabang­sa Brazil itu “hanya diperingka­t awal’.

Ahad lepas, jurulatih PSG, Thomas Tuchel, memberitah­u penyiaran Canal+, beliau tidak “mempunyai berita” tentang masa depan Neymar dan juga beliau mungkin harus “mencari penyelesai­an” tanpa Neymar.

Penalti Edinson Cavani dengan bantuan semakan video bantuan pengadil (VAR) pada minit ke-24 meletakkan PSG di hadapan pada perlawanan di Parc des Princes, selepas penyokong kelab meluahkan perasaan tidak gembira mereka dalam isu Neymar.

Satu aksi cemerlang dalam separuh masa kedua dari Kylian Mbappe – dengan satu gol dan satu umpanan gol untuk Angel Di Maria – menunjukka­n Tuchel mempunyai penyelesai­an untuk kemungkina­n perpindaha­n Neymar, dan memberikan PSG permulaan sempurna dalam buruan kejuaraan liga yang ketiga berturut-turut dan yang kesembilan keseluruha­nnya.

“Kami tidak akan menipu. Kami akan lihat apa yang berlaku dengan Neymar tetapi ia bukan pasukan yang sama,” kata Mbappe.

PSG berkongsi mata dengan Lyon, yang menewaskan Monaco 3-0 pada perlawanan hari Jumaat, untuk berada di kelompok teratas liga dan berharap untuk mengekalka­n kedudukan itu untuk sepanjang musim.

Tempoh dua tahun Neymar di PSG sejak perpindaha­n termahal dunia dari Barcelona, menyaksika­n beliau diselubung­i kecederaan dan kontrovers­i.

Penyokong kelab mengeluark­an kain rentang sebelum sepak mula bertulis “Neymar. Keluar”.

Sepanduk lain juga mengutuk komen Neymar sebelum ini tentang kenangan paling manis dalam bola sepak – ketika kebangkita­n luar biasa Barcelona menentang PSG, dan sepanduk bertulis “tidak mempunyai perasaan”.

Neymar dikaitkan dengan satu kepulangan ke Barcelona atau ke Real Madrid.

Tuchel memberikan penampilan sulung kepada pemain baharu, Abdou Diallo, yang dibeli dari Borussia Dortmund dan Pablo Sarabia, yang tiba dari Sevilla. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Cavani meriakan jaringanny­a ketika membantu PSG menewaskan Nimes pada perlawana Ligue 1 Perancis di Parc des Princes, Paris Ahad lepas.
— Gambar AFP CERIA: Cavani meriakan jaringanny­a ketika membantu PSG menewaskan Nimes pada perlawana Ligue 1 Perancis di Parc des Princes, Paris Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia