Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal perbaiki rekod pada kejohanan Siri Master

Sahkan kejuaraan ke-35 sepanjang kariernya selepas menewaskan Medvedev 6-3 dan 6-0 di Montreal

-

MONTREAL, Kanada: Rafael Nadal menang mudah 6-3 dan 6-0 ke atas Daniil Medvedev dari Rusia untuk memenangi kejuaraan Siri Master Montreal dan memperbaik­i rekod beliau pada kejohanan Siri Master Ahad lepas.

Pemain ranking kedua dunia itu mengesahka­n kejuaraan Siri Master yang ke-35 sepanjang kariernya untuk menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan dua kejuaraan berbanding Novak Djokovic.

Nadal juga berjaya mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangin­ya tahun lepas dan kali pertama mempertaha­nkan kejuaraan di permukaan simen sepanjang kariernya.

“Ia adalah penting untuk memulakan perlawanan dalam keadaan cergas,” kata jaguh dari Sepanyol itu.

“Beliau (Medvedev) bermain dengan baik sepanjang minggu ini,” kata Nadal, dengan lawannya itu muncul naib juara di Washington minggu lepas.

Nadal hanya bermain tiga perlawanan di permukaan simen sejak memulakan persediaan untuk Terbuka Amerika (AS) minggu ini – dan melangkah ke final tanpa bermain apabila lawannya di separuh akhir, Gael Monfils menarik diri kerana kecederaan.

“Saya bermain dengan baik, yang terbaik sepanjang minggu ini,” kata Nadal. “Saya melakukan banyak perkara yang baik: mengubah pukulan, mengubah

Ia adalah penting untuk memulakan perlawanan dalam keadaan cergas.

Rafael Nadal

Pemain ranking kedua dunia

rentak permainan. Saya fikir saya bermain dengan bijak dan berasa selesa dengan bola.”

Dan sememangny­a ia sangat jelas apabila beliau memerlukan hanya 70 minit untuk menewaskan Medvedev.

Pemain pilihan pertama kejohanan itu, yang kini sudah memenangi lima kejuaraan di Kanada sejak 2005, memenangi tujuh permainan terakhir untuk menewaskan lawan yang beliau hadapi buat kali pertama.

“Saya menentang Roger (Federer) dua kali dan Novak (Djokovic) empat kali,” kata Medvedev.

“Saya tahu corak permainan beliau dan saya seperti sudah bersedia tetapi saya mungkin gagal menunjukka­n permainan terbaik saya. Rafa cukup hebat hari ini dan tahniah kepada beliau.”

Walaupun tewas mudah, Medvedev berasa gembira dengan pencapaian­nya.

“Saya percaya minggu ini adalah minggu terbaik saya,” kata beliau, yang akan naik ke ranking tertinggi beliau di tangga kelapan, menjadikan beliau pemain Rusia di kedudukan paling tinggi dalam ranking tenis lelaki.

“Tahap permainan saya sepanjang minggu ini, kecuali final, adalah sangat bagus.

“Saya sememangny­a mahu ia lebih bagus hari ini tetapi malangnya, ia bukan hari saya. Saya akan mengambil pengajaran dari perlawanan ini dan cuba melakukann­ya lebih baik di masa hadapan.”

Bagi Nadal, ia adalah kejuaraan ketiga pada tahun ini, selepas kemenangan di permukaan tanah liat di Rom dan Terbuka Perancis. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEJAYAAN HEBAT: Nadal meraikan kejayaanny­a menjuarai kejohanan Siri Master Montreal selepas menewaskan Medvedev di Montreal, Kanada kelmarin.
— Gambar AFP KEJAYAAN HEBAT: Nadal meraikan kejayaanny­a menjuarai kejohanan Siri Master Montreal selepas menewaskan Medvedev di Montreal, Kanada kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia