Utusan Borneo (Sarawak)

Kanada azam rampas juara keseluruha­n Ski Air Dunia 2019

-

PUTRAJAYA: Kanada bertekad untuk merampas semula gelaran juara keseluruha­n daripada Amerika Syarikat dalam saingan Kejohanan Ski Air Dunia 2019 Persekutua­n Luncur Air & Wakeboard Antarabang­sa (IWWF) bermula di Pusat Sukan Air, Presint 6, di sini, hari ini.

Pengurus pasukan yang juga ketua jurulatih Kanada, Steven Bush berkata, pasukannya meletakkan sandaran kepada dua penyandang juara dunia -- Ryan Dodd dan Neilly Ross selain bekas juara dunia dua kali, Whitney McClintock untuk mencapai misi tersebut.

Selain itu, beliau turut berharap kehadiran pemenang emas keseluruha­n Sukan Pan-American 2019, Dorien Liewellyn dapat membantu Kanada mencapai keputusan yang lebih baik pada kejohanan dunia dwitahunan itu.

“Saya percaya kami berada dalam keadaan yang cukup baik untuk mencapat matlamat merampas semula gelaran keseluruha­n selepas terlepas pada edisi lalu pada 2017.

“Selain Amerika Syarikat yang menjadi musuh kami tetapi turut akan memberi saingan sengit seperti pasukan Belarus, Perancis dan kemungkina­n juga England,” katanya pada sidang media prakejohan­an di sini semalam.

Pada edisi 2017 lalu di Creteil, Perancis , Kanada, yang menang gelaran keseluruha­n sebanyak lima kali, hanya mampu meraih tempat ketiga keseluruha­n di belakang Amerika Syarikat dan tuan rumah Perancis.

Sementara itu, Whitney, juara dunia acara slalom pada 2009 dan 2011, berkata beliau yakin dengan kehadiran beberapa peluncur muda dalam pasukan termasuk anak tirinya, Paige Rini, yang bakal memberi saingan hebat kepada skuad Amerika Syarikat.

“Kami berusaha dengan begitu gigih untuk muncul juara kali ini. Walaupun dibarisi peluncur pelapis dalam acara tricks tetapi pasukan ini adalah mantap. Pada edisi lalu, saya mengecewak­an pasukan dalam acara tricks tetapi diharap dapat menebus kekecewaan itu kali ini,” katanya.

Sejumlah 168 peserta dari 39 negara akan bersaing dalam tiga acara -- slalom, tricks dan jumpa, bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Kejohanan tersebut akan berlangsun­g sehingga 18 Ogos ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA RAMPAS KEJUARAAN: Bush (tengah) bersama atlet luncur air pasukan itu Neilly Ross (kiri) dan Whitney McClintock (kanan) ketika sidang media Kejohanan Dunia Internatio­nal Waterski and Wakeboard Federation (IWWF) Waterski 2019 di Kompleks Sukan Air Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SEDIA RAMPAS KEJUARAAN: Bush (tengah) bersama atlet luncur air pasukan itu Neilly Ross (kiri) dan Whitney McClintock (kanan) ketika sidang media Kejohanan Dunia Internatio­nal Waterski and Wakeboard Federation (IWWF) Waterski 2019 di Kompleks Sukan Air Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia