Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak hantar 19 penggusti lengan pada Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan 2019

-

KUCHING: Sarawak akan menghantar 19 penggusti lengan pada Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan 2019 dijadual berlangsun­g pada 17 Ogos ini di Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Mereka yang membawa cabaran Sarawak termasuk Presiden Persatuan Gusti Lengan Sarawak (SASA) Matthew Dominic Barin (Master 90kg kanan/kidal), Choo Tzan Liong (Master 75kg kanan/kidal, senior 75kg kanan/kidal), Daren Ng Kwok Hou (Senior 105kg kanan/kidal, junior melebihi 80kg kanan/kidal), Mark Jubilee Liwin (Senior 86kg kanan/kidal, junior melebihi 80kg kanan/kidal), Ng Evin Lee (Senior 86kg kidal, junior 80kg kidal), Ranald Rimin (senior 70kg kanan/kidal, junior 80kg kanan/kidal), Mohd Shafiq Abdullah (senior 70kg kanan/kidal, junior 70kg kanan/kidal), Cristal Adam Jabry (Senior 63kg kanan/kidal, junior 70kg kanan/kidal), Geehadauis Edward (Senior 63kg kanan/ kidal, junior 60kg kanan/kidal) dan Mohd Nor Shyefful Hafiz (Senior melebihi 105kg kanan/kidal).

Turut serta George Young Micheal Jaschan (Senior melebihi 105kg kanan/kidal), Jacklis Bering (Senior 105kg kanan/kidal), Alvin Imang Ngau (Senior 105kg kanan/ kidal), Jong Chi Joon (Senior 78kg kanan/kidal), Dominic Johnny (Senior 70kg kanan/ kidal), Gan Siew Hua (wanita 75kg kanan), Abigail Kee Zing Ning (wanita melebihi 75kg kanan), Crynera Austin (wanita melebihi 75kg kanan) dan Tracey Edwina Hughes (wanita melebihi 75kg kanan).

Mereka akan disertai Louise Teng Ling Hong selaku Pengurus Pasukan sambil dibantu Alvin Imang Ngau (Penolong pengurus) dan Goh Thian Weai (jurulatih).

Manakala Timbalan Presiden SASA Luke Decker akan bertindak sebagai pengadil kejohanan.

Menurut Matthew, semua atlet atau ‘pullers’ telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kejohanan itu dengan menjalani latihan intensif di Kelab Gusti Lengan Premier 101 di bawah kendalian jurulatih, Goh Thian Weai.

“Terima kasih kepada pihak-pihak berkaitan yang sentiasa menyokong SASA.

“Walaupun gusti lengan sukan baharu di Sarawak, namun pembanguna­nnya semakin berkembang di seluruh negeri dan ia boleh dilihat pada kejohanan negeri dianjurkan baru-baru ini yang disertai sejumlah 107 peserta.

“Kita akan memberikan persembaha­n sebaik mungkin untuk mengangkat nama negeri pada kejohanan itu kerana sasaran SASA untuk menjadikan Sarawak kuasa sukan gusti lengan,” katanya.

Pada masa sama katanya, beliau menyeru penglibata­n lebih ramai golongan belia dalam sukan itu bagi menggalakk­an mereka melibatkan diri dalam aktiviti sihat.

Pasukan gusti lengan Sarawak ditaja oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

 ??  ?? BERSEDIA: Matthew (tiga kanan, barisan kedua) dan Louise (kiri, barisan kedua) bersama jurulatih dan ‘pullers’ Sarawak semasa sesi latihan.
BERSEDIA: Matthew (tiga kanan, barisan kedua) dan Louise (kiri, barisan kedua) bersama jurulatih dan ‘pullers’ Sarawak semasa sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia