Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU benam Landas, 14-6 pada Liga Trio Korporat Megalanes Sarawak

-

KUCHING: DBKU melakar kemenangan terbesar dengan membenam Landas, 14-6 pada minggu ketiga Liga Trio Korporat Megalanes Sarawak pada Jumaat lepas.

Bagaimanap­un, pasukan itu bakal berdepan tugas mencabar untuk memburu kejuaraan selepas pendahulu liga, UNIMAS kini berkelebih­an 22.50 mata Peterson hasil kemenangan 12-8 mengatasi SUKNA Team.

PSKPP pula kekal di tangga ketiga meskipun mencatat kekalahan 9-11 di tangan pasukan di tangga kelima, RATS sambil SUKNA Team juga kekal di tangga keempat sekalipun tewas 8-12 kepada Team DOA.

Sementara itu, tiada perubahan dicatat dalam Anugerah Khas dengan Nazrin Wagiman dari UNIMAS kekal mendahului Individual High Game (Scratch & Handicap) namun dicabar rapat Isman @ Osman Sir (DBKU) dan William Muge (PSKPP).

Ia turut menyaksika­n Isman menguasai kategori Individual High Game Scratch dengan Yusralina Yusof dari UNIMAS mengetuai kategori Individual High Series Handicap.

Pada masa sama, UNIMAS meneruskan dominasi dalam kedua-dua kategori Team High Game dan Team High Series (Scratch & Handicap) sambil diekori DBKU di tangga kedua.

Dengan Pusingan Positionin­g dijadual pada Jumaat ini, tumpuan kini lebih terarah kepada perebutan tempat kedua dan ketiga memandangk­an gelaran juara hampir pasti menjadi milik UNIMAS.

 ??  ?? TERUS MENDAHULUI: Trio UNIMAS (dari kiri) Mohd Zaidi, Yusralina Yusof dan Wagiman Kassim yang hampir pasti muncul juara.
TERUS MENDAHULUI: Trio UNIMAS (dari kiri) Mohd Zaidi, Yusralina Yusof dan Wagiman Kassim yang hampir pasti muncul juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia