Utusan Borneo (Sarawak)

Skil Aisyah Hani memancing anak patung dikagumi

- Sumbangan Muhamad Bohari

SESETENGAH individu beranggapa­n permainan atau aktiviti memancing patung dalam ‘slot’ patung adalah satu perjudian.

Namun lain pula yang difikir oleh seorang kanak-kanak bernama Aisyah Hani Misli Abdullah berusia tujuh tahun ini. Permainan memancing patung bagi adik kecil ini mampu mempamerka­n skil atau kemahiran seseorang pemancing.

Setiap kali dia memancing patung, dia tidak balik dengan tangan kosong. Sekurangku­rangnya satu patung pasti diperolehi­nya.

Minat dan hobi adik kecil memancing patung ini bermula sejak Januari lalu dengan setakat ini dia telah berjaya mengumpul 72 anak patung beraneka rupa dan bentuk.

Memancing patung ini merupakan salah satu hobi Aisyah di samping hobi yang lain seperti melukis, mewarna dan membaca buku cerita.

Meskipun berminat memancing patung, namun anak kecil ini tidak pula mengabaika­n masa belajarnya. Aktiviti memancing patung hanya dilakukan pada masa santai dan masa luangnya dan bukan pada hari persekolah­an.

Satu kali pancing bernilai RM1 anak kecil ini membawa sekurang-kurangnya RM10 bagi sepuluh kali pancing dan dalam seminggu ada dua kali memancing tetapi bukan tiap-tiap minggu.

Purata 12 patung dalam sebulan diperolehi­nya, tiga anak patung dalam satu minggu dan dalam masa enam bulan (Januari hingga Jun 2019) ada 72 patung berjaya dipancingn­ya.

Memancing dan mengumpul anak patung merupakan aktiviti yang unik bagi kanak-kanak seusia Aisyah. Ini kerana untuk mendapat hasil daripada pancingan itu memerlukan kemahiran tersendiri dan tidak semua orang yang melakukan aktiviti sama akan dapat menumpaska­n mesin dengan jayanya.

 ??  ?? TARIKAN: Patung dalam ‘slot’ atau balang kaca yang kena dipancing.
TARIKAN: Patung dalam ‘slot’ atau balang kaca yang kena dipancing.
 ??  ?? KESAYANGAN: Patung kegemaran Aisyah ‘Hello Kitty’.
KESAYANGAN: Patung kegemaran Aisyah ‘Hello Kitty’.
 ??  ?? COMEL: Patung ini namanya ‘Sin Chan’.
COMEL: Patung ini namanya ‘Sin Chan’.
 ??  ?? SANTAI: Aisyah menziarahi rakan sempena Hari Raya sekembali dari memancing patung.
SANTAI: Aisyah menziarahi rakan sempena Hari Raya sekembali dari memancing patung.
 ??  ?? RAIKEMENAN­GAN:Masasantai­nya
berbaring di atas anak patung.
RAIKEMENAN­GAN:Masasantai­nya berbaring di atas anak patung.
 ??  ?? SERONOK: Ini patung hidung mancung atau ‘Smurf’ namanya.
SERONOK: Ini patung hidung mancung atau ‘Smurf’ namanya.
 ??  ?? FOKUS: Aisyah sedang memancing patung dari mesin khas.
FOKUS: Aisyah sedang memancing patung dari mesin khas.
 ??  ?? MAHIR: Patung-patung dipamerkan di atas rak yang disedia khas oleh ibu Aisyah.
MAHIR: Patung-patung dipamerkan di atas rak yang disedia khas oleh ibu Aisyah.
 ??  ?? KOLEKSI: Tidak ketinggala­n koleksinya patung panda hitam putih menawan hati.
KOLEKSI: Tidak ketinggala­n koleksinya patung panda hitam putih menawan hati.
 ??  ?? PASTI DIMINATI:
Yang ini polar bear’.
PASTI DIMINATI: Yang ini polar bear’.
 ??  ?? HOBI UNIK: Adik Aisyah dengan patung anjing warna perang.
HOBI UNIK: Adik Aisyah dengan patung anjing warna perang.
 ??  ?? TUMPAS: Ikan yang sering ditonton di kaca televisen‘Nemo’ ikan berbelang warna oren.
TUMPAS: Ikan yang sering ditonton di kaca televisen‘Nemo’ ikan berbelang warna oren.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia