Utusan Borneo (Sarawak)

‘Beverly Hills, 90210’ baharu janjikan ‘drama, komedi dan lipur lara’

-

BARISAN pelakon siri popular pada zaman 1990an ‘Beverly Hills, 90210’ kembali ke televisyen Amerika Syarikat minggu lepas, jauh lebih tua tetapi menjanjika­n banyak drama syok-syok yang menjadikan watak-watak remaja mereka terkenal.

Enam episod sejam ‘BH90210’ di rangkaian penyiaran Fox itu bukan pembikinan semula yang tipikal.

Siri tersebut memaparkan tujuh bintang asal yang melakonkan versi yang dibesar-besarkan bagi diri mereka sendiri dalam kehidupan sebenar selepas mereka bersatu semula untuk mencipta semula siri tersebut yang telah menjadi fenomena budaya pop.

Idea tersebut diilhamkan oleh dua bintang Jennie Garth dan Tori Spelling dan dimakbulka­n dengan maklum balas daripada pelakon lain yang turut kembali, kata para pelakon terbabit.

“Kami mahu menyerahka­nnya kepada audiens untuk mentafsirk­an apa yang tulen, apa yang berdasarka­n sesuai yang tulen, apa yang fiksyen sepenuhnya,” kata Spelling di satu acara Television Critics Associatio­n di mana rangkaian-rangkaian mengadakan pratonton untuk siri-siri baharu.

“Kami rasa mereka akan begitu seronok melakukann­ya,” tambahnya.

Spelling menggambar­kan nada siri itu sebagai “adunan drama, komedi dan lipur lara”.

Garth menekankan bahagian lipur lara dalam formula tersebut, dengan menggelark­annya “soapedy”.

Siri itu juga memasukkan adeganadeg­an mimpi dan imbasan balik kepada sirisiri asal untuk memenuhi nostalgia peminat, kata para pelakon.

Pengkritik umumnya menerima pendekatan itu. Sebanyak 65 peratus reviu adalah positif dalam laman sesawang Rotten Tomatoes.

“Seperti krisis pertengaha­n hayat, anda mungkin jauh lebih teruk lagi berbanding ‘BH90210’ terbitan Fox, satu pertemuan semula yang pintar dan sengaja biasabiasa,” tulis Hank Stuever dari The Washington Post.

‘Beverly Hills, 90210’, yang bersiaran dari 1990 hingga 2000, menceritak­an kisah sekumpulan pelajar sekolah tinggi yang menjalani kehidupan yang selesa di tengah-tengah kemewahan di California Selatan dan pada waktu yang sama menangani kebimbanga­n remaja, selain isu-isu yang lebih serius seperti kejadian rogol ketika ‘dating’, AIDS dan kehamilan remaja.

Sekarang, watak-watak berkenaan berdepan dengan cabaran seperti rumah tangga yang retak dan usia yang semakin senja dan tertanya-tanya sama ada mereka sudah memenuhi potensi mereka ataupun tidak, kata bintang Gabrielle Carteris.

Turut kembali adalah Jason Priestley, Shannen Doherty, Ian Ziering dan Brian Austin Green.

Doherty berkata dia menolak tawaran untuk bersatu semula dengan barisan pelakon lain di atas skrin sehingga kematian mengejut seorang lagi rakan pelakon, Luke Perry, yang meninggal dunia Mac lalu selepas mengalami serangan angin ahmar pada usia 52 tahun.

Kematian Perry akan ditangani dalam siri baharu berkenaan.

“Apabila Luke meninggal dunia, keadaan berubah secara drastik bagi saya,” kata Doherty.

“Ia rasa seperti peluang yang amat baik untuk memberi penghormat­an kepadanya. Kami samasama mengadakan perjalanan yang menakjubka­n ini, untuk pulih daripada kehilangan seseorang yang begitu bermakna sekali bagi kami.” — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KEMBALI BERSATU: Gabrielle Carteris, Brian Austin Green, Shannen Doherty, Ian Ziering, Jennie Garth dan Tori Spelling menghadiri panel siri ‘BH90210’ semasa Summer Television Critics Associatio­n Press Tour baru-baru ini.
— Gambar Reuters KEMBALI BERSATU: Gabrielle Carteris, Brian Austin Green, Shannen Doherty, Ian Ziering, Jennie Garth dan Tori Spelling menghadiri panel siri ‘BH90210’ semasa Summer Television Critics Associatio­n Press Tour baru-baru ini.
 ??  ?? SHANNEN DOHERTY
SHANNEN DOHERTY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia