Bantahan kecam keganasan polis di Mexico

Protes hak sivil tuntut keadilan untuk dua gadis yang mendakwa dirogol anggota bertugas

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

KOTA MEXICO: Penunjuk perasaan di Kota Mexico menuntut keadilan kelmarin bagi dua gadis remaja yang mendakwa anggota polis telah merogol mereka, menyimbah menteri keselamata­n di negara ini dengan pewarna merah jambu berkilat dan memecahkan pintu kaca di pejabat pendakwa raya tempatan.

Sambil melaungkan ‘Keadilan’, kira-kira 250 orang kebanyakan­nya wanita, berhimpun di jalan raya bagi membantah kepincanga­n keadilan dalam dua kes tersebut, yang terbaharu telah mencetuska­n kemarahan bagi kadar keganasan yang tinggi terhadap wanita dan gadis di Mexico.

Menteri keselamata­n bandar tersebut, Jesus Orta Martinez, merayu bagi keadaan tenang ketika perarakan bertukar menjadi kecoh, menerima kehadiran penunjuk perasaan itu sendiri dan memberitah­u mereka, “Kes-kes ini masih belum ditutup…Kami berada pada pihak anda.”

Bagaimanap­un, penunjuk perasaan, memberikan respon dengan menyimbah beliau dengan pewarna merah jambu berkilat dan menyembur cat terhadap sekumpulan anggota polis yang sedang mengawal.

Mereka turut meletakkan kepala khinzir di luar pejabat penmdakwa raya tempatan. Para penunjuk perasaan yang bertopeng kemudian melontar batu ke arah bangunan, dan memecahkan pintu masuk kacanya.

Protes telah dicetuskan oleh dua kes terbaharu di mana seorang gadis berusia 17 tahun menyatakan empat anggota polis merogolnya di dalam kereta peronda ketika mangsa pulang dari sebuah parti di bahagian utara bandar, dan kes kedua di mana seorang gadis berusia 16 tahun yang menyatakan seorang anggota polis merogolnya di muzium arkib fotografi negara di tengah bandar.

Tiada anggota polis yang telah ditahan atau dihukum setakat ini bagi kes pertama.

Seorang anggota polis ditangkap pada Khamis lepas bagi kes kedua.

Datuk Bandar Claudia Sheinbaum, wanita pertama yang dilantik bagi jawatan tersebut, menyatakan beliau bersimpati dengan para penunjuk perasaan namun mengecam tindakan mereka.

“Perlu ada satu siasatan (dalam kedua-dua kes) namun ini bukannya satu bantahan, ia adalah satu provokasi.

“Mereka ingin kerajaan memberikan respons terhadap keganasan, namun kami tidak akan berbuat sedemikian,” beliau memberitah­u satu sidang media.

Pendakwa raya tempatan Ernestina Godoy menyatakan di dalam Twitter bahawa “pelbagai siasatan” telah dilakukan bagi kes-kes itu.

Mexico memiliki satu sejarah panjang bagi kejantanan dan keganasan peringkat tinggi terhadap wanira dan budak perempuan. Sembilan orang wanita telah dibunuh di sini pada setiap hari, menurut kepada Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu. — AFP

— Gambar AFP

MENJADI MANGSA: Orta Martinez dengan rambut disembur merah jambu oleh seorang penunjuk perasaan, dikerumuni wartawan ketika cuba menenangka­n protes mengecam polis di hadapan Kementeria­n Keselamata­n Awam di Kota Mexico, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.