Utusan Borneo (Sarawak)

KLOPP INTAI RANGKUL LEBIH BANYAK KEJUARAAN

Liverpool jadi pilihan menewaskan Chelsea pada perlawanan Piala Super Eropah di Vodafone Park, Istanbul hari ini

-

ISTANBUL, Turki: Jurgen Klopp mahu Liverpool memenangi kejuaraan sebagai tabiat ketika mereka kembali ke Istanbul – tempat untuk salah satu kejayaan terhebat kelab – apabila menentang lawan dari Liga Perdana Inggeris yang sama, Chelsea pada perlawanan Piala Super Eropah hari ini.

Liverpool menewaskan AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti untuk memenangi Piala Eropah pada 2005 dan sekarang berdepan Chelsea di tempat yang sama selepas menjadi juara Eropah buat kali keenam pada bulan Jun lepas.

Perlawanan tradisi pembuka tirai kejohanan elit kelab Eropah itu mungkin tidak diambil serius oleh semua orang tetapi kedua-dua kelab mengintai peluang memenangi lebih banyak kejuaraan, dengan Liverpool baharu menamatkan tujuh tahun tanpa trofi dan pengurus Chelsea, Frank Lampard, berharap untuk

Terus tamak. Ia adalah apa yang sangat penting – saya tidak mempunyai keraguan mengenainy­a tetapi ia jelas di mana kami harus melakukann­ya.

Jurgen Klopp

memulakan karier sebagai pengurus dengan lebih mem

Pengurus Liverpool

berangsang­kan.

Kedua-dua kelab sudah memenangi pertanding­an ini sebanyak empat kali di antara mereka tetapi sembilan dari 10 pemenang terakhir adalah dari Sepanyol.

Antara tarikan lain hari ini ialah Stephanie Frappart, pengadil dari Perancis yang akan menjadi pengadil wanita pertama mengadili perlawanan bola sepak elit lelaki

dalam pertanding­an Eropah.

Frappart pastinya gembira untuk mengelak perhatian sebaik sahaja perlawanan di Vodafone Park, venue kelab Besiktas, bermula, dengan Liverpool menjadi pilihan untuk menewaskan pasukan Chelsea yang tewas 0-4 kepada Manchester United pada perlawanan pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Selepas tewas menerusi sepakan penalti kepada Manchester City dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti awal bulan ini, Liverpool memulakan musim baharu dengan kemenangan

4-1 ke

atas Norwich City, dengan Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Divock Origi menjaringk­an gol.

Bagaimanap­un, kemenangan itu dicemari dengan kecederaan penjaga gol, Alisson Becker dan Klopp mengesahka­n penjaga gol antarabang­sa Brazil itu tidak akan dapat beraksi untuk beberapa minggu kerana kecederaan betis. “Saya tidak mahu membuat sebarang ramalan bila beliau dapat kembali beraksi tetapi apa yang pasti ia bukan hari Rabu ini, jadi kita harus tunggu dan lihat. Ia mengambil sedikit masa, mungkin beberapa minggu,” kata Klopp.

Adrian akan mengganti tempat Alisson dan Klopp berharap pasukannya boleh mengekalka­n rentak dari kemenangan ke atas Tottenham Hotspur di final.

“Terus tamak. Ia adalah apa yang sangat penting – saya tidak mempunyai keraguan mengenainy­a tetapi ia jelas di mana kami harus melakukann­ya,” kata Klopp apabila ditanya bagaimana pasukannya boleh membina dari kejayaan itu.

Penyokong Liverpool pastinya berminat untuk kemungkina­n satu lagi penampilan di final pada kejohanan elit Eropah ini, dengan final akan dilangsung­kan sekali lagi di Istanbul.

Apa yang pasti, mereka berharap Piala Super Eropah boleh menjadi permulaan kepada harapan untuk akhirnya memberi saingan sengit dalam Liga Perdana.

“Kami tidak mahu berhenti di Liga Juara-Juara, ia apa yang sudah kami menangi sebagai kumpulan pemain,” kata Andy Robertson.

“Kami mahu lebih banyak lagi tetapi kami tahu betapa sukarnya ia. Ini adalah satu lagi peluang untuk kami melakukann­ya dan ia pastinya hebat jika kami boleh memenangin­ya kali ini.”

Chelsea menempah tempat ke perlawanan hari ini dengan kemenangan ke atas Arsenal di final Liga Europa tetapi banyak yang berubah sejak dari itu.

Jurulatih Maurizio Sarri berpindah ke Juventus dan pemain bintang, Eden Hazard, berpindah ke Real Madrid tetapi bintang legenda kelab, Lampard, kembali menjadi pengurus walaupun hanya mempunyai pengalaman satu musim sebagai jurulatih di kelab divisyen dua, Derby County.

Prospek memenangi satu trofi pada perlawanan kompetetif kedua bersama Chelsea pastinya menarik walaupun mereka boleh dimaafkan jika bermain dengan berhatihat­i selepas dibelasah United di Old Trafford.

Ia pastinya menarik untuk melihat jika Lampard meneruskan kepercayaa­n dengan pemain muda seperti Mason Mount dan Tammy Abraham hari ini.

“Kami tahu kami boleh meningkatk­an lagi prestasi. Kami harus mengharung­inya, mengambil tanggungja­wab dan melangkah ke hadapan. Kami mempunyai trofi untuk direbut hari ini dan menentang pasukan yang sangat bagus dan kami sudah bersedia,” kata kapten Chelsea, Cesar Azpilicuet­a selepas tewas kepada United. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HAMPA: Lampard (kanan) jelas kecewa selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Manchester United di Old Trafford, Manchseter pada Ahad lepas.
— Gambar AFP HAMPA: Lampard (kanan) jelas kecewa selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Manchester United di Old Trafford, Manchseter pada Ahad lepas.
 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia