SYUKUR, AZIM DITEMUI SELAMAT

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

KUCHING: Abdul Azim Ahmad Dzulkarnai­n yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas ditemui selamat di sebuah kedai makan di Batu 3, Jalan Sungai Maong di sini sekitar jam 11.45 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, kanak-kanak berusia 11 tahun terbabit ditemui seorang pengawal keselamata­n yang berjaya mengecamny­a selepas terbaca hebahan ‘Nur Alert’ berhubung kehilangan mangsa.

Kanak-kanak terbabit kemudian diserahkan kepada anggota polis untuk dihantar kepada keluargany­a.

“Mangsa telah menghabisk­an masa berada di kedai makan tersebut dan dijaga serta diberi makan oleh seorang pekerja kelainan upaya (OKU) di kedai berkenaan yang hanya dikenali sebagai ‘Abang Man.’

“Malah ketika ditemui dia juga sedang makan dan pemeriksaa­n mendapati tiada kecederaan pada kanak-kanak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mangsa kemudian diserahkan kepada keluargany­a yang menetap di Perumahan Pertahanan Awam MINDEF di sini.

“Punca kanak-kanak tersebut lari dari rumah adalah kerana takut dimarahi ibunya kerana kenakalann­ya,” kata Aidil.

Mangsa dilaporkan hilang oleh ibunya sekitar jam 3 pagi pada Ahad lalu selepas dia disedari tiada di bilik tidurnya dari jam 12.30 pagi hari yang sama.

DITEMUI: Gambar yang dikongsi warganet menunjukka­n mangsa sedang makan ketika ditemui di sebuah kedai makan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.