Utusan Borneo (Sarawak)

SOP ‘KE LAUT’

Uggah kesal kurang penyelaras­an menyebabka­n JBPM terpaksa bertindak hampir ‘sendirian’ lawan kebakaran.

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas kesal dengan penyelaras­an pengurusan bencana yang tidak menepati prosedur operasi standard (SOP) dan persetujua­npersetuju­an yang telah dicapai sebelum ini.

Beliau berkata, mesyuarat bersama ahli Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri di sini petang semalam mendapati penyelaras­an pengurusan agak kurang, sekali gus menyebabka­n Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terpaksa bertindak hampir ‘sendirian’ menangani kebakaran hutan di Miri dan juga di seluruh negeri.

“Langkah-langkah yang dulu telah kita persetujui nampaknya tidak dilaksanak­an dan sebagainya.

“Jadi, saya minta semua Residen di setiap bahagian untuk mengadakan mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana peringkat bahagian untuk bersiap sedia menghadapi musim kering dan kemarau yang dijangka berpanjang­an sehingga Oktober,” ujarnya.

Beliau mengingatk­an masalah air adalah yang utama dan di beberapa tempat akan berlaku ketiadaan sumber air, maka jentera pengurusan bencana di setiap bahagian perlu berkordina­si sesama mereka sebaik mungkin untuk menyelesai­kan masalah itu kelak.

“Begitu juga kalau ada kebakaran, segala SOP yang telah ditetapkan perlu dipatuhi. Jadi petang tadi (mesyuarat bersama jawatankua­sa semalam), kita telah mengimbas kembali persetujua­n yang telah kita capai bersama dan membincang­kan masalahnya.

“Seperti yang berlaku di Miri, sejak beberapa hari lalu mereka (JBPM) bekerja sendirian, malah terpaksa mendapatka­n bantuan daripada Kuching (pasukan STORM),” ujarnya kesal.

“Sedangkan setahun yang lalu, kita ada pasukan bomba, tentera, polis, Jabatan Pertahanan Awam (APM) dan lain-lain agensi, semuanya saling bekerjasam­a dan tidak timbul isu tenaga kerja,” ujarnya dan berkata perkara itu tidak berlaku pada kali ini dan tiada dalam senarai.

“Jadi saya mahu ia bermula esok (hari ini), semua penyelaras­an perlu diperkuatk­an dan ahli-ahli Jawatankua­sa Pengurusan Bencana bahagian, digerakkan untuk mengambil bahagian kerana ia sepatutnya bukan menjadi satu isu atau masalah,” tambah beliau.

Beliau memberitah­u demikian kepada pemberita pada sidang media di Menara Peninjau, di Tudan dekat sini petang semalam untuk melihat dengan lebih dekat kawasan kebakaran terutama di kawasan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri dan Kompleks Hamidah.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin merangkap ADUN Senadin, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman, Ketua JBPM Zon 6 Law Poh Kiong serta ketuaketua jabatan dan agensi yang lain.

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih menjalanka­n siasatan berhubung kes penemuan rangka manusia dengan kesan terbakar di Jalan Pelabuhan, Pending Ahad lepas.

Difahamkan, semalam beberapa anggotanya diketuai Ketua JSJ Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai bersama anggota dari Unit Anjing Pengesan Polis (K9) berada di lokasi sejak jam 10 pagi.

Denis yang ditemui pemberita berkata, pihaknya hanya dapat mengesahka­n mayat tersebut adalah mayat orang dewasa, namun identitiny­a masih belum dapat dipastikan.

“Mayat adalah mayat orang dewasa dan kita masih menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Selain itu, sampel tanah di lokasi kejadian juga telah diambil untuk mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk membakar mayat mangsa.

Justeru, orang ramai yang ada melihat kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kejadian dimohon untuk menghubung­i mana

Mayat adalah mayat orang dewasa dan kita masih menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa.

SAC Denis Leong Soon Ketua JSJ Sarawak

mana balai polis berhampira­n.

“Kita percaya, untuk membakar mayat manusia memerlukan api yang besar dan sekiranya ada orang awam yang melihat ‘api besar’ di lokasi kejadian dapat menghubung­i kita untuk membantu siasatan,” katanya.

Kelmarin dilaporkan penemuan rangka manusia tersebut oleh dua lelaki sekitar jam 1.16 pagi semasa mereka sedang mencari besi buruk berdekatan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani dalam kenyataan akhbarnya memberitah­u keadaan mayat secara keseluruha­nnya adalah rentung atau abu.

“Bahagian tulang yang dapat dikenal pasti adalah tulang kaki, pinggul dan tengkorak manusia.

“Tiada sebarang dokumen dijumpai di kawasan sekeliling semak tersebut,” katanya yang turut memberitah­u kes tersebut disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? TINJAU: Uggah sambil ditemani yang lain melawat benteng api iaitu lorong yang dibina khas bagi
menghalang api daripada merebak dalam kawasan hutan paya gambut di Miri, semalam.
TINJAU: Uggah sambil ditemani yang lain melawat benteng api iaitu lorong yang dibina khas bagi menghalang api daripada merebak dalam kawasan hutan paya gambut di Miri, semalam.
 ??  ?? SIASAT:Anggota JSJ menunjukka­n di mana lokasi rangka manusia tersebut ditemui.
SIASAT:Anggota JSJ menunjukka­n di mana lokasi rangka manusia tersebut ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia