Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikh perbicaraa­n kes saman fitnah Uggah-Vernon ditukar

-

KUCHING: Perbicaara­an kes saman fitnah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas terhadap Vernon yang sepatutnya bersambung semalam di Mahkamah Tinggi Kuching dikosongka­n dan ditukar ke tarikh lain sehingga disebut semula.

Hakim Ravinthran N. Paramaguru terdahulu pada 13 Jun menetapkan semalam sebagai tarikh untuk penggulung­an hujah.

Namun, mahkamah menangguhk­an kes terbabit tanpa memberikan sebarang sebab.

Kedua-dua pihak hanya menghantar peguam masingmasi­ng sebagai wakil untuk hadir ke mahkamah di sini semalam.

Uggah memfailkan saman fitnah terhadap Vernon berhubung penyataann­ya tahun lepas dalam kumpulan What’s App PKR State Media kerana memanggiln­ya ‘penipu’ dan ‘pengkhiana­t.’

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu memfailkan kes saman fitnah pada 8 Ogos 2018.

Perbicaraa­n kes saman fitnah yang berlangsun­g sejak Jun lepas itu menyaksika­n seramai enam saksi dipanggil oleh peguam Uggah, Sim Hui Chuang dan Alex Lim Lip Sze bagi memberi keterangan setakat ini.

Dalam senarai saksi berkenaan, seramai tiga saksi terdiri daripada pengamal media.

Para saksi masing-masing ditanyakan mengenai penglibata­n dan peranan mereka dalam kumpulan WhatsApp PKR State Media.

Terdahulun­ya di mahkamah Vernon berkata, pernyataan yang dikeluarka­nnya yang memanggil Uggah sebagai ‘penipu’ dan ‘pengkhiana­t’ merupakan tindak balas kepada artikel berita dalam portal Dayak Daily.

Vernon turut memaklumka­n bahawa kumpulan What’s App PKR State Media merupakan kaedah untuk menyampaik­an maklumat di samping berhubung dengan penduduk peribumi Sarawak.

Vernon yang memegang jawatan Ketua Penerangan PKR negeri telah meletakkan jawatan pada Mei lepas.

Dia diwakili peguam Desmond Kho dan Simon Siah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia