Sarang tebuan sebesar bola sepak di tepi bumbung rumah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTANGOR: Sebuah sarang tebuan yang sebesar bola sepak yang bersarang di tepi bumbung rumah seorang penduduk di Kampung Muara Lebaan, dekat sini, berjaya dimusnahka­n anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pada awalnya pihak bomba telah menerima laporan daripada pemilik rumah terbabit yang memohon bantuan daripada pihak bomba untuk memusnahka­n sarang tebuan tersebut.

“Laporan tersebut dibuat berikutan kerisauan pemilik rumah terbabit terhadap keselamata­n keluargany­a daripada diserang tebuan terbabit.

“Ketika anggota bomba tiba di lokasi rumah pengadu, kita mendapati laporan tersebut benar dan anggota terus bertindak memusnahka­n sarang tebuan tersebut dengan menggunaka­n kaedah penyembur racun serangga dan colok api.

“Usaha tersebut telah berjalan dengan lancar dan sarang tebuan tersebut telah berjaya dimusnahka­n dalam tempoh 15 minit sahaja,” kata Nicholas dalam kenyataan media di sini, semalam.

TUGAS SUKAR: Anggota bomba sedang berusaha memusnahka­n sarang tebuan di rumah seorang penduduk kampung di Muara Lebaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.