Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta dirempuh lori, dua beradik cedera

-

SIBU: Dua beradik terbayang maut apabila kereta mereka dirempuh sebuah lori di Jalan Lada di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki, 25, dan adik perempuann­ya, 20, mengalami kecederaan namun tidak membimbang­kan.

Difahamkan kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Bintangor apabila sebuah lori tiba-tiba keluar dari sebuah simpang dan merempuh kereta mereka.

Akibat rempuhan itu, kereta mereka terbalik manakala lori mengalami kemek di bahagian hadapan.

Pihak ambulans berkejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keadaan kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sibu.

 ??  ?? TERBALIK: Kereta yang dinaiki dua beradik dalam kemalangan tengah hari semalam.
TERBALIK: Kereta yang dinaiki dua beradik dalam kemalangan tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia