Utusan Borneo (Sarawak)

Kenderaan terhumban ke dalam gaung, lelaki maut, rakan cedera

-

SIBU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas lalu terhumban ke dalam gaung di kawasan pembalakan­di Sungai E n g keram oh, Kapit petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata, pihaknya dimaklumka­n oleh orang awam bahawa kemalangan itu berlaku sekitar jam 3 petang.

“Pemandu pacuan empat roda tersebut dikenali sebagai Junaidi Telemo, berumur 37 tahun dan merupakan warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, seorang lelaki tempatan, 26, yang retak tulang bahu belakang kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Kapit.

“Siasatan awal polis mendapati punca kemalangan dipercayai pemandu (mangsa maut) mengantuk ketika sedang memandu,” jelasnya.

Menurutnya, cuaca dilaporkan baik semasa kejadian itu.

“Kes disiasat di bawah Sekyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Kedutaan Indonesia dan keluarga mangsa telah dimaklumka­n mengenai kejadian tersebut,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia