Usaha JBPM amat dihargai

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

“Bagi pihak rakyat Miri dan negeri ini amnya, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat kerana telah bertungkus-lumus yang hampir kesemuanya dilakukan oleh mereka bersendiri­an untuk memadamkan api dan kebakaran hutan atau belukar di 75 ‘hotspot’ (titik panas) di seluruh negeri,” ujar Uggah lagi.

Pada masa sama, Uggah mahuperunt­ukan RM600,000 untuk Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri dimanfaatk­an sebaiknya termasuk membeli keperluan aset untuk pemadaman api di kawasan sukar, seperti jentera berat.

Katanya, sejak beberapa hari lepas juga pasukan bomba di sini terpaksa menggunaka­n jentera berat milik syarikat atau tuan punya tanah bagi membantu mereka dalam usaha pemadaman itu dan ia tidak harus menjadi masalah kerana jawatankua­sa sudah mempunyai peruntukan sewajarnya untuk tujuan seperti itu.

Ketika ditanya mengenai sama ada cuti sekolah akan dipanjangk­an bagi sekolah yang terletak di kawasan terjejas teruk dengan jerebu Uggah berkata, Kementeria­n Pendidikan mempunyai garis panduannya sendiri dan jika indeks pencemaran udara (IPU) mencatatka­n bacaan tidak sihat, maka kementeria­n itu akan mengeluark­an arahan sewajarnya termasuk menutup sekolah jika perlu.

Di peringkat kerajaan negeri pula katanya, pihaknya menerusi Jabatan Alam Sekitar akan mengedarka­n topeng muka untuk pelajar terutama di kawasan yang terjejas jika masalah jerebu masih melanda apabila sesi persekolah­an dibuka semula Isnin depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.