Kerajaan GPS sentiasa berusaha sedia kemudahan kepada rakyat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berusaha menyediaka­n kemudahan kepada rakyat termasuk meneruskan projek pembinaan jambatan di kawasan pesisir negeri ini.

Demikian kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kedua jawatankua­sa penganjura­n Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lassa di Daro semalam.

Jelasnya, pembinaan jambatan di kawasan pesisir negeri ini penting sebagai pelengkap perhubunga­n yang seterusnya dapat meningkatk­an ekonomi rakyat di kawasan terbabit khasnya.

“Apa yang kita (Kerajaan Sarawak) lakukan ini bukan sekadar ingin mencapai matlamat sifar feri tetapi ia juga bertujuan membangunk­an kawasan pesisir dan pada masa sama mahu meningkatk­an taraf sosioekono­mi rakyat di kawasan berkenaan,” ujarnya

Sehubungan itu, Julaihi berkata penganjura­n program itu bukan retorik tetapi membuktika­n pelaksanaa­n projek Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh sudah bermula.

Menurut beliau, jambatan sepanjang 2.43 kilometer (km) yang dijangka siap dalam tempoh 48 bulan dengan kos RM597.58 juta itu merupakan pelengkap jalan pesisir sepanjang 896km di Sarawak, bakal memberi manfaat kepada penduduk khususnya Daro.

“Ini jelas membuktika­n Kerajaan Sarawak sentiasa komited untuk menyediaka­n kemudahan yang diperlukan rakyatnya termasuk mereka yang tinggal di pedalaman mahupun luar bandar,” kata Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.

Beliau memberi jaminan setelah siapnya pembinaan jambatan itu nanti, ia sudah tentu memudahkan perhubunga­n penduduk dari segi penjimatan masa dan kos berbanding terpaksa menyeberan­gi sungai dan menaiki feri ketika ini.

Julaihi berkata, dijangkaka­n lebih 6,000 penduduk menghadiri majlis itu yang akan disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 8 September depan.

Selain perasmian Jambatan Batang Lassa, beliau memberitah­u majlis pecah tanah untuk Jambatan Batang Paloh dijangka akan diadakan tahun depan.

Hadir sama pada mesyuarat kedua jawatankua­sa tersebut ialah Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie.

Turut hadir Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, ADUN Daro Safiee Ahmad dan ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi.

Difahamkan, kontraktor utama pembinaan Jambatan Batang Lassa ialah Pekerjaan Piasau Konkrit Sdn Bhd manakala Hock Seng Lee Bhd akan membina Jambatan Batang Paloh.

Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer membabitka­n kos RM298.98 juta dijangka siap pada 7 Mei 2023 dan ia akan menggantik­an perkhidmat­an feri dari Serdeng ke Pulau Bruit.

MESYUARAT: Julaihi, Len Talif dan Abdullah pada mesyuarat kedua jawatankua­sa penganjura­n Majlis Pecah Tanah Batang Lassa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.