Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis membina rangkaian canggih, pintar sokong kelajuan, daya tahan, tuntutan 5G

-

KUCHING: Maxis telah membina rangkaian yang canggih dan pintar bergelar Rangkaian A.I. untuk menyokong kelajuan, daya tahan dan tuntutan 5G.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia Rangkaian A.I. dibina di atas infrastruk­tur 5G dengan jejakan gentian optik terluas kepada stesen pangkalan mudah alih di seluruh negara.

Dibentuk dengan seni bina rangkaian Next-Gen IP serta perisian rangkaian teknologi terkini, Rangkaian A.I. Maxis mengoptimu­mkan trafik data di sepanjang laluan yang paling efisien dan memperbaik­i diri sendiri dengan jangkaan dan alihan trafik di sekitar kawasan yang berpotensi mempunyai masalah.

Ia bagi memastikan pengalaman Internet menjadi lebih lancar dan bebas ‘lag’ serta sentiasa terhubung untuk aplikasi-aplikasi perniagaan yang kritikal.

“Rangkaian yang berdaya tahan, tangkas serta sedia berskala adalah amat penting untuk penyelesai­an perusahaan kami yang semakin berkembang, yang memenuhi keperluan kritikal pelanggan kami.

“Oleh kerana 5G dan fiber dijangkame­njaditumpu­angaya hidup digital yang giat berkembang, rangkaian yang pintar akan bekerja keras untuk kami supaya kami dapat memfokus kepada menyediaka­n pengalaman pelanggan yang terbaik.

“Rangkaian A.I. yang kami bina sendiri juga membuktika­n fokus kami dalam membina keupayaan sendiri dan menggalakk­an bakat-bakat kami untuk memainkan peranan dalam perjalanan yang menarik ini,” kata Ketua Pegawai Teknologi Maxis Morten Bangsgaard.

Pada masa yang sama, diagnostik berkelajua­n tinggi oleh A.I. Maxis telah dilatih untuk pengesanan dan ramalan masalah struktur yang tepat dan cekap serta mampu mencadangk­an langkah penyelengg­araan proaktif yang sesuai.

Untuk melihat bagaimana rangkaian A.I. Maxis yang canggih menyesuaik­an dirinya secara intuitif bagi semua jenis situasi, sila tontoni video di https://youtu.be/fqH3oueLoc­A

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian A.I. Maxis, sila layari https:// www.maxis.com.my/aboutmaxis/maxis-network/ms/

 ??  ?? CANGGIH: Jurutera rangkaian Maxis menunjukka­n pesawat SkyEye dalam penerbanga­n.
CANGGIH: Jurutera rangkaian Maxis menunjukka­n pesawat SkyEye dalam penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia