Utusan Borneo (Sarawak)

Simoi sumbang tiga lembu untuk kawasan Lemanak dan Ladong

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri telah meluangkan masa bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga serta ahli Jawatankua­sa Surau Kampung Hulu dan Kampung Hilir Sri Aman menyertai Program Ibadah Korban di Kampung Hulu dekat sini semalam.

Menurut Simoi, menerusi program berkenaan, sebanyak tiga lembu disumbangk­an oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga untuk kawasan Lemanak dan Ladong.

Beliau menambah, sumbangan tiga ekor lembu ini adalah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

“Daging korban ini akan diagihkan kepada semua penduduk kampung di kawasan Lemanak dan Ladong,” ujarnya semasa ditemui selepas menyertai program berkenaan dekat sini.

Turut hadir sama pada program berkenaan, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia