Dua beradik nekad terjun dari rumah terbakar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SANDAKAN: Sepasang adikberadi­k nekad terjun dari tingkat dua rumah mereka yang terbakar di Batu 2 di sini tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata mangsa dikenali sebagai Marina Zulfiqar, 24 dan adik lelakinya Risqi, 8 masing-masing cedera di bahagian kaki dan tangan ketika terjun untuk menyelamat­kan diri.

“Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Duchess of Kent oleh orang awam untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.33 tengah hari dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Katanya, api berjaya dikawal dalam masa 15 minit dan padam sepenuhnya dua jam kemudian dan rumah tersebut musnah 100 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.