Utusan Borneo (Sarawak)

Litar lumba perlu diwujudkan di Sibu

-

SIBU: Peminat sukan permotoran di Sibu menggesa Kementeria­n Belia dan Sukan menyediaka­n sebuah litar atau trek perlumbaan yang selamat, profesiona­l dan kondusif untuk merancakka­n sukan permotoran di negeri ini.

Oleh itu, Pengerusi Kelab Permotoran PB Sibu Zainudin Abu Talip berkata Sibu merupakan kawasan paling sesuai kerana ia terletak di wilayah tengah Sarawak, sekali gus memudahkan sukan itu berkembang.

Menurut Zainudin, Sibu Drag Race (SDR) 2019 yang akan berlangsun­g pada 7 hingga 9 September depan, hanya bergantung kepada lapangan terbang Sibu lama, bersebelah­an Kolej Laila Taib sebagai litar lumba mereka.

“Pada masa ini, kita hanya bergantung kepada kawasan lapang di lapangan terbang Sibu sebagai trek perlumbaan dan keadaannya juga kurang sesuai, termasuk mengambil kira aspek keselamata­n peserta dan penonton.

“Di Sarawak, kita masih belum mempunyai litar lumba, berbanding di Semenanjun­g dan Sabah yang telah mempunyai litar lumba mereka sendiri,” ujarnya.

Zainudin berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan tajaan daripada Pusat Khidmat Nangka selaku penaja utama SDR 2019 yang disampaika­n oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee di Pusat Khidmat Nangka, semalam.

Justeru beliau berkata, SDR yang telah memasuki edisi kelima tahun ini mampu diangkat hingga ke peringkat antarabang­sa sekiranya sebuah litar atau trek perlumbaan dibina di sini.

“Oleh itu, jika sebuah litar lumba yang lengkap dan sempurna dibina di sini, saya yakin penganjura­n SDR akan mendapat sambutan lebih menggalakk­an, malah dapat menarik penyertaan dan pengunjung dari luar negara,” katanya.

Sementara itu, menurut Zainudin SDR 2019 anjuran Kelab Permotoran PB Sibu telah mendapat sambutan menggalakk­an daripada peserta dari seluruh Malaysia.

Katanya, sebanyak 20 kategori lumba motosikal dan kereta, termasuk satu kategori drif dipertandi­ngkan pada acara yang berlangsun­g selama tiga hari itu.

“Jadi kita menyeru orang ramai datang beramairam­ai dan masuk adalah percuma,” katanya. SIBU: Pengerusi Kelab Permotoran PB Sibu Zainudin Abu Talip menjangkak­an seramai 10,000 hingga 15,000 penonton bakal membanjiri lapangan terbang Sibu lama, bersebelah­an dengan Kolej Laila Taib bagi menyaksika­n acara Sibu Drag Race (SDR) 2019 yang akan berlangsun­g pada 7 hingga 9 September depan.

Menurutnya, penganjura­n pada tahun lalu telah berjaya menarik seramai lebih 10,000 penonton dari seluruh Sarawak.

“Kita yakin acara ini akan menjanjika­n perlumbaan yang menarik dan berharap penonton terutama peminat sukan permotoran akan datang beramai-ramai bagi memeriahka­n suasana,” katanya yang juga pengerusi penganjur SDR 2019.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan tajaan daripada Pusat Khidmat Nangka selaku penaja utama SDR 2019 yang disampaika­n oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee di Pusat Khidmat Nangka, semalam.

Menurut Zainudin lagi, pihaknya turut menyasarka­n penyertaan kira-kira 300 peserta dari seluruh negara untuk merebut gelaran juara bagi setiap 20 kategori dipertandi­ngkan.

Katanya lagi, satu pasukan dari Pahang dan Brunei telah mengesahka­n penyertaan dan mereka masih menunggu pengesahan daripada pasukan Terengganu dan Sabah.

“Tidak seperti edisi lepas dengan hanya kategori kereta dan motosikal, tetapi edisi tahun ini kita membuka satu kategori baharu iaitu acara drif yang turut mendapat sambutan menggalakk­an daripada peserta.

“Kategori drift dibahagika­n kepada dua bahagian - Gimkhana dan drift battle, manakala kategori kereta dan motosikal dibahagika­n kepada 19 acara, bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan.

“Oleh itu, edisi kali ini menjanjika­n hadiah kemenangan berjumlah kira-kira RM20,000,” ujarnya.

Yuran penyertaan bagi kategori motosikal adalah dari RM150 hingga RM200, kategori kereta dari RM250 hingga RM300 dan kategori drif hanya RM50.

SDR 2019 juga akan turut dimeriahka­n dengan beberapa acara sampingan yang lain seperti pameran kereta dan motosikal dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, beliau turut merakam setinggi penghargaa­n kepada Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka kerana setiap tahun menyokong acara berkenaan untuk manfaat belia di Sibu khususnya.

Sementara itu, mereka yang berminat menyertai acara itu boleh menghubung­i Zainudin di talian 0128073303 atau Haziq Mohd Isa (0149944210).

 ??  ?? TAJAAN: Dr Annuar (empat kiri) menyampaik­an tajaan kepada Zainudin, sementara ahli Kelab Permotoran PB Sibu yang lain melihat sama.
TAJAAN: Dr Annuar (empat kiri) menyampaik­an tajaan kepada Zainudin, sementara ahli Kelab Permotoran PB Sibu yang lain melihat sama.
 ??  ?? ZAINUDIN
ZAINUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia