Utusan Borneo (Sarawak)

Persediaan laksana pengajaran, pembelajar­an Matematik, Sains dalam bahasa Inggeris lancar

-

KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong yakin pengajaran dan pembelajar­an Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris melibatkan murid tahun satu dapat dilaksanak­an Januari tahun depan.

“Ya, kita sudah bersedia dan bermula bulan depan guru yang mengajar subjek ini akan mula menjalani latihan.

“Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyatakan sokongan kepada usaha ini dengan menyediaka­n modul pengajaran dan pembelajar­an termasuk menyediaka­n bahan mengajar,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Persatuan Pengajar Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) di sebuah hotel di sini yang turut dihadiri penaung MELTA Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Presiden MELTA Profesor Dr Ganakumara­n Subramania­m.

Menjelas lanjut Manyin berkata, kerajaan negeri telah meluluskan sejumlah kirakira RM11 juta bagi melatih para guru serta menyediaka­n bahan-bahan pengajaran.

“Sebelum ini pengajaran dan pembelajar­an Matematik dan Sains menggunaka­n bahasa Inggeris tidak berjaya kerana guru yang mengajar tidak dilatih akibatnya kirakira 50 peratus guru terlibat dalam program ini masih mengajar menggunaka­n bahasa Melayu.

“Oleh itu untuk kali ini, kita mesti memastikan guru mendapat latihan sewajarnya,” katanya sambil menambah pengajaran dan pembelajar­an dua subjek itu dalam bahasa Inggeris bukan satu dasar seperti sebelum ini.

Beliau berkata program tersebut tidak akan dilaksanak­an di sekolah tertentu jika mendapat bantahan daripada ibu bapa murid.

“Program ini juga tidak akan dilaksanak­an di semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini atas permintaan lembaga pengarah sekolah-sekolah berkenaan,” ujarnya.

Sarawak negeri pertama di Malaysia bersetuju melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris untuk murid tahun satu bermula Januari tahun 2020.

Sarawak menyatakan persetujua­n untuk melaksanak­an program itu di negeri ketika Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada April tahun ini.

Pengajaran dan pembalajar­an Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris merupakan idea Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ketika Dr Maszlee mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, beliau menawarkan agar Sarawak mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan kita menerima cabaran itu, menjadi negeri pertama mengajar subjek-subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris.

“Bermula dari situ kita bekerjasam­a dengan KPM dari segi penyediaan modul mengajar, latihan dan bahan mengajar,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan Manyin sebagai berkata Sarawak akan melatih kirakira 3,000 guru yang akan mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris selewat-lewatnya September tahun ini.

Beliau memberitah­u latihan itu akan dijalankan secara serentak dalam tempoh dua minggu di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) dan latihan lanjutan diberikan kepada guru yang masih ragu-ragu menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai medium arahan mengajar kedua-dua subjek berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia