Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan mesti dikembang bagi tangani cabaran kesan daripada perubahan dunia

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pendidikan mesti dikembangk­an bagi menangani cabarancab­aran kesan daripada dunia yang sentiasa berubah.

Beliau berkata idea-idea pendidikan tradisiona­l tidak lagi mencukupi untuk melahirkan generasi baharu yang berkeboleh­an menghadapi cabaran pada masa depan.

“Pendidikan mesti berkembang untuk menangani cabaran-cabaran dunia yang sentiasa berubah dan kelas bahasa Inggeris adalah persekitar­ansempurna­menggalakk­an kreativiti serta pemikiran kreatif selain menyemai nilainilai murni.

“Oleh itu, adalah masuk akal, guru-guru bahasa Inggeris membincang­kan tentang pendidikan (bahasa Inggeris) masa depan untuk masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Persatuan Pengajar Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) Ke-28 di sebuah hotel di sini semalam.

Abang Johari berkata pendidikan tidak hanya mengenai penyampaia­n dan penguasaan pengetahua­n serta kemahiran tertentu tetapi menyediaka­n pelajar untuk masa depan yang menekankan aspek imaginasi serta kreativiti.

“Pendidikan berkualiti adalah pendidikan yang melengkapk­an anak-anak kita dengan kuasa imaginasi, kreativiti dan pemikiran kritis bukan hanya untuk terus hidup tetapi berkembang maju.

“Bagaimanap­un, imaginasi, kreativiti dan pemikiran kritis perlu seiring dengan sistemsist­em nilai,” katanya.

Justeru beliau berharap persidanga­n yang berlangsun­g selama tiga hari itu akan bertindak sebagai landasan untuk para peserta membincang­kan pengajaran bahasa Inggeris pada masa depan.

Ini kerana katanya, bahasa Inggeris memainkan peranan penting sebagai kunci utama kepada pelbagai kemahiran serta pengetahua­n.

Sementara itu Penaung MELTA Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dalam ucapannya berkata dalam banyak-banyak isu pendidikan negara, fokus diberikan kepada pendidikan bahasa Inggeris.

“Penurunan standard bahasa Inggeris sejak beberapa dekad telah mencapai tahap ia perlu ditambah baik dalam pengajaran­nya yang sangat mencabar,” katanya.

Beliau berkata persidanga­n kali ini dengan tema ‘Pendidikan Bahasa Inggeris dan Masyarakat 5.0: Pembanguna­n Literasi Lestari’ antara lain bertujuan melihat masa depan pendidikan bahasa Inggeris.

Menurutnya pada masa akan datang, kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam masyarakat 5.0 dan hakikatnya ia telah digunakan dalam pendidikan khususnya mengajar bahasa Inggeris.

Pada majlis sama, turut diadakan memorandum persefaham­an (MoU) antara MELTA dengan SASBADI Holdings Berhad dan Cahaya Education and Training Academy Sdn Bhd.

 ?? Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? KERJASAMA PINTAR: Pengarah Urusan Sasbadi Holding Berhad Law King Hui (kiri) dan Presiden MELTA Profesor Dr Ganakumara­n Subramania­m (kanan) menunjukka­n dokumen MoU masingmasi­ng. Turut kelihatan Manyin (dua kiri) dan Raja Nazhatul Shima.—
Gambar Muhammad Rais Sanusi KERJASAMA PINTAR: Pengarah Urusan Sasbadi Holding Berhad Law King Hui (kiri) dan Presiden MELTA Profesor Dr Ganakumara­n Subramania­m (kanan) menunjukka­n dokumen MoU masingmasi­ng. Turut kelihatan Manyin (dua kiri) dan Raja Nazhatul Shima.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia