Projek mega bukti GPS benar-benar mampu membela nasib rakyat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

LIMBANG: Pelaksanaa­n pelbagai projek mega di seluruh pelosok Sarawak berjaya menaikkan nama Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai parti yang benar-benar berupaya membela nasib rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata, GPS kini mula dikenali rakyat Sarawak sebagai parti yang ikhlas mempertaha­n hak-hak Sarawak yang sebelum ini terhakis.

“Kebijaksan­aan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam melaksanak­an kutipan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum meningkatk­an pendapatan Sarawak sebanyak RM3 bilion setahun.

“Melalui kutipan cukai tersebut Kerajaan Sarawak dapat melaksanak­an projek-projek pembanguna­n di Sarawak tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan daripada kerajaan persekutua­n,” katanya semasa merasmikan Jelajah GPSParti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon PDM Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pahlawan, baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Muda Pertanian Sarawak berkata, program berkenaan adalah zon ke-11 dianjurkan PBB Cawangan N79 Bukit Kota bertujuan memperkena­lkan logo GPS ke peringkat akar umbi.

Katanya, program tersebut merupakan program bulanan untuk turun padang mendekati masyarakat dan pengundi setempat.

“Program jelajah GPS peringkat negeri akan diadakan dalam masa terdekat melibatkan DUN Bukit Kota, Batu Danau, Ba’Kelalan dan Bukit Sari berada dalam zon terakhir jelajah GPS iaitu zon ke-15.

“Jelajah tersebut akan dirasmikan Abang Johari yang juga presiden PBB, dijangka September depan,” katanya sambil menambah, Zon PDM SK Kampung Pahlawan berada dalam daerah mengundi Tabahan yang mempunyai lebih kurang 1,049 pengundi yang majoritiny­a berbangsa Kedayan.

Beliau turut menggesa ranting PBB di situ agar proaktif dalam usaha memperkena­lkan lambang GPS ke peringkat akar umbi.

Simbolik Program Jelajah GPS-PBB tersebut adalah penyerahan bendera GPS kepada ketua tujuh ranting PBB dalam PDM SK Kampung Pahlawan yang diketuai Sarrulan Razali.

Hadir sama Ketua Pemuda PBB Cawangan Bukit Kota merangkap Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Setiausaha Wanita PBB Bukit Kota Kaunselor Niti Rosli, Ketua PBB Zon PDM SK Kampung Pahlawan Sarrulan Razali, Ketua Pemuda PBB Zon PDM SK Kampung Pahlawan Hikmal Fariatin Mohd Ali Saufi, Penghulu Abu Tinggal dan Ketua Kaum Bunsu Tambah.

TERIMALAH: Dr Abdul Rahman menyerahka­n bendera GPS kepada ketua ranting yang menyertai Jelajah GPS-PBB di SK Kampung Pahlawan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.