Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan menembak atau mendekati kawasan saluran kuasa ketika berburu: SEB

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) merayu kepada orang ramai supaya tidak menembak atau mendekati kawasan saluran kuasa ketika berburu.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, menembak berdekatan saluran kuasa adalah berbahaya kerana peluru boleh menimbulka­n risiko kecederaan serius atau kematian disebabkan arus elektrik.

Sebutir peluru sesat dipercayai dilepaskan semasa sesi berburu di Pelugau, Jalan Sibu-Bintulu baru-baru ini menyebabka­n kerosakan dan menjejaska­n bekalan elektrik kepada empat transforme­r.

Kejadian itu membawa kepada gangguan bekalan yang lama dialami penduduk 20 rumah panjang di kawasan itu.

Bagaimanap­un, sekitar 50 penduduk dari empat rumah panjang terjejas iaitu dari Rumah Encharang, Rumah Dian, Rumah Wilson dan Rumah Gama.

Sebarang aduan tentang kemudahan elektrik yang rosak boleh dialurkan dengan menghubung­i Pusat Penjagaan Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau e-mel customerca­re@ sarawakene­rgy.com untuk mendapatka­n bantuan.

Laporan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih SEB cares yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store Android serta Apple App Store untuk iOS.

 ??  ?? ROSAK: Pasukan teknikal mendapati garisan overhed mengalami kerosakan akibat pelet senapang patah.
ROSAK: Pasukan teknikal mendapati garisan overhed mengalami kerosakan akibat pelet senapang patah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia