Utusan Borneo (Sarawak)

PATRIOT minta Zakir jangan persoalkan kesetiaan masyarakat keturunan India

-

KUALA LUMPUR: Pesatuan Patriot Nasional (PATRIOT) semalam meminta pendakwah Islam Dr Zakir Naik supaya jangan mempersoal­kan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India terhadap negara.

Presiden PATRIOT Datuk Mohamed Arshad Raji juga meminta Zakir agar tidak menggembar-gemburkan tentang layanan kerajaan China terhadap umat Muslim Uyghur di negara itu.

“Rakyat Malaysia yang berketurun­an India setia kepada negara. Mereka turut banyak menyumbang bersama bangsa lain berkhidmat dengan anggota keselamata­n dalam mempertaha­nkan raja dan negara.

“Tindakan Zakir mempersoal­kan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India adalah silap dan jahil tentang rakyat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata isu sensitif seperti umat Islam Uyghur pula seharusnya diserahkan kepada kementeria­n luar untuk ditangani dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Arshad mengulas ceramah yang disampaika­n oleh Zakir dalam program dakwah Kelantan pada 9 Ogos. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia