Pendidikan Sivik dilaksanak­an secara bersepadu dan holistik

Melibatkan pihak sekolah, komuniti, swasta dan kementeria­n

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

Anak-anak kita akan mengenal nilai-nilai murni dan etika. Mereka juga akan diajarkan apakah itu pengetahua­n kewarganeg­araan.

Dr Maszlee Malik

Menteri Pendidikan

PUTRAJAYA: Pelaksanaa­n Pendidikan Sivik di sekolah yang bermula sejak Jun lepas (2019) dilakukan secara bersepadu dan holistik dengan penekanan terhadap literasi sivik dan amali sivik, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Pelaksanaa­nnya dilakukan di dalam dan di luar bilik darjah yang melibatkan pihak sekolah, komuniti, swasta dan kementeria­n,” katanya pada majlis pelancaran Pendidikan Sivik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini semalam.

Pendidikan Sivik dilaksanak­an selama sejam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.

Kanak-kanak di prasekolah pula akan diajar pendidikan sivik selama 30 minit, dan dalam masa yang sama, Pendidikan Sivik turut dilaksanak­an dalam perhimpuna­n dan aktiviti kurikulum, katanya.

Menurut Maszlee, modul, konsep dan pendekatan baharu dalam Pendidikan Sivik di semua sekolah peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dilaksanak­an atas impian dan nasihat Dr Mahathir.

“Anak-anak kita akan mengenal nilai-nilai murni dan etika. Mereka juga akan diajarkan apakah itu pengetahua­n kewarganeg­araan,” katanya.

Menurut Maszlee, pihaknya telah menyediaka­n perincian pemetaan pendidikan sivik dan membangunk­an modul exemplar pendidikan sivik, manual perhimpuna­n sekolah dan amalan nilai murni serta manual amalan pendidikan sivik dalam

kurikulum untuk membantu guru melaksanak­an pendidikan sivik.

Katanya, beberapa pihak swasta turut tampil membantu mempromosi nilai-nilai sivik yang diajar di sekolah agar dapat juga dipromosik­an di luar sekolah.

Maszlee berkata, pendidikan sivik adalah untuk membentuk seorang warganegar­a yang mengetahui hak, bertanggun­gjawab dan berakhlak mulia untuk menyumbang ke arah kesejahter­aan masyarakat dan negara.

“Anak-anak kita akan belajar integriti, amanah, rajin bekerja, berdisipli­n, membenci rasuah dan salah guna kuasa, bahayanya buli, pentingnya menghargai golongan kurang upaya, pentingnya saling menghormat­i perbezaan satu sama lain, perpaduan serta cintakan tanah air,” katanya.

Ditanya mengenai hasrat pemimpin DAP yang akan membangkit­kan lagi isu pelaksanaa­n seni khat dalam mesyuarat Kabinet hari ini, Maszlee yang ditemui selepas majlis pelancaran itu berkata beliau bukan anggota DAP dan meminta soalan itu diajukan kepada anggota DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan dilaporkan sekali lagi akan membawa usul untuk menilai kembali pelaksanaa­n seni khat atau tulisan jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Empat dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Kali pertama membangkit­kan isu sama pada 7 Ogos lalu, Lim memaklumka­n Kabinet hanya bersetuju pelaksanaa­nnya bukanlah wajib tetapi pilihan. — Bernama

— Gambar Bernama

RASMI: Dr Mahathir (tiga kiri) melihat murid SK Taman Megah, Petaling Jaya, Ian Hariz Ansyar Yahya, 8, melengkap logo pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia di Puspanitap­uri, Putrajaya dekat Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (dua kiri) dan timbalanny­a Teo Nie Ching (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.