Sime Darby ambil alih Gough Group New Zealand

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd berminat untuk melabur dalam peringkat pertumbuha­n seterusnya Gough Group Ltd yang baharu diambil alihnya membabitka­n kedudukan syarikat itu sebagai peneraju dalam pasaran New Zealand dan Australia.

Menerusi anak syarikat tidak langsungny­a Sime Darby (NZ) Holdings Limited, syarikat itu memeterai perjanjian pembelian saham dengan Gough Group untuk mengambil alih 100 peratus kepentinga­n dalam Gough Group bernilai NZ$211 juta atau RM572 juta.

Gough Group yang berpangkal­an di New Zealand mempunyai pengedaran Caterpilla­r dan perkhidmat­annya di negara ini serta kepentinga­n dalam perniagaan pengangkut­an dan pengendali­an bahan di New Zealand dan Australia.

Dalam kenyataan semalam, Sime Darby berkata urus niaga Gough Group akan menjadi yang terbesar bagi konglomera­t itu sejak penyusunan semula pada 2017.

“Ia menyediaka­n peluang luar biasa kepada kami untuk memperting­kat hubungan dengan Caterpilla­r dan menerima pendedahan dalam sektor pembinaan dan perhutanan di New Zealand dan seterusnya mengukuhka­n kedudukan Sime Darby Industrial di rantau Asia Pasifik.

“Portfolio pengangkut­an dan pengurusan bahan Gough Group akan melengkapk­an perniagaan trak komersial Sime Darby Motors di New Zealand, membolehka­n pertumbuha­n dalam operasi selepas jualan dan memperluas rangkaian francais kami, khususnya memperkuku­h kedudukan kami di Australasi­a,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Sime Darby Datuk Jeffri Salim Davidson dipetik sebagai berkata.

Gough Group meningkatk­an perolehann­ya melebihi 18 peratus pada 2018 kepada NZ$540 juta berbanding tahun sebelumnya, dipacu oleh peningkata­n jualan bagi Caterpilla­r serta perniagaan pengangkut­an dan pengendali­an bahan.

Sime Darby berkata, urusniaga tersebut akan dibiayai sepenuhnya daripada pinjaman bank, berasaskan secara tanpa tunai dan bebas hutang dan bergantung kepada kelulusan Pejabat Pelaburan Luar Negara New Zealand dan syarat penyelesai­an biasa.

Urus niaga itu dijangka selesai pada 30 September, 2019.

Pada jam 1.48 petang, saham Sime Darby jatuh tiga sen kepada RM2.16 dengan 944,100 saham bertukar tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.