Sektor perkhidmat­an naik 6.5 peratus, hasil RM441.3 bilion

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmat­an negara mencatat peningkata­n sebanyak 6.5 peratus pada suku kedua 2019 dengan merekodkan jumlah hasil RM441.3 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkata­n itu didorong oleh segmen perdaganga­n borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang meningkat kepada RM349.3 bilion (6.4 peratus).

“Pertumbuha­n itu turut disumbangk­an oleh segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkut­an dan penyimpana­n yang meningkat sebanyak RM65.9 bilion (6.9 peratus),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd Uzir, jumlah hasil bagi perbanding­an secara suku tahunan turut meningkat sebanyak RM10 bilion (2.3 peratus).

Bilangan pekerja sektor tersebut bagi tempoh suku kedua 2019 itu adalah 3.8 juta orang iaitu meningkat seramai 96,049 orang (2.6 peratus) berbanding tempoh sama pada 2018.

Beliau berkata, pertumbuha­n itu didorong oleh subsektor perdaganga­n borong dan runcit dengan pertambaha­n sebanyak 44,494 orang (2.5 peratus) diikuti oleh subsektor makanan dan minuman yang meningkat sehingga 36,635 orang (4.4 peratus).

“Bayaran gaji dan upah turut meningkat sebanyak RM1.1 bilion dengan pertumbuha­n 4.4 peratus bagi perbanding­an tahun ke tahun, didorong oleh subsektor borong dan runcit yang meningkat sebanyak RM491.4 juta (4.1 peratus).

“Dari segi prestasi suku tahunan, bilangan pekerja bertambah sebanyak 55,661 orang (1.5 peratus) dengan gaji dan upah meningkat sehingga RM531.1 juta (2.2 peratus),” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Mohd Uzir berkata, Indeks Volum Perkhidmat­an negara ini menunjukka­n pola kenaikan sebanyak 6.4 peratus kepada 126.5 mata dalam suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama pada 2018.

“Indeks volum pelarasan musim bagi sektor ini menokok sebanyak 1.2 peratus kepada 127.2 mata berbanding suku tahun sebelumnya.

“Kenaikan bagi sektor perkhidmat­an pada suku kedua 2019 didorong oleh segmen perdaganga­n borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan (6.6 peratus) dan segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkut­an dan penyimpana­n (6.4 peratus),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.