Nilai jualan perdaganga­n borong dan runcit Jun 2019 naik 5.9 peratus

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Nilai jualan perdaganga­n borong dan runcit Malaysia berkembang 5.9 peratus tahun ke tahun kepada RM112.3 bilion pada Jun 2019, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan semalam berkata peningkata­n itu disumbangk­an oleh perdaganga­n runcit yang menokok 7.7 peratus dipacu oleh penjualan runcit makanan, selain minuman dan tembakau sebanyak 9.2 peratus.

Ini diikuti jualan runcit di kedai khusus yang menjual barangan lain, selain jualan runcit di kedai bukan pengkhusus­an yang masing-masing mencatatka­n 9.1 peratus dan 8.8 peratus.

Bagi perdaganga­n borong, Mohd Uzir berkata nilai jualan meningkat kepada 6.4 peratus tahun ke tahun, manakala kenderaan bermotor mencatat pertumbuha­n negatif 2.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bagi perbanding­an bulan ke bulan, beliau berkata, nilai jualan borong dan runcit menokok 1.4 peratus, manakala dari segi indeks volum, ia mencatat peningkata­n 6.4 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

“Sub-sektor perdaganga­n runcit mencatat pertumbuha­n positif 4.4 peratus bulan ke bulan, manakala perdaganga­n borong naik 0.6 peratus bulan ke bulan pada Jun 2019. Dalam tempoh sama, kenderaan bermotor merosot 5.4 peratus selepas merekodkan 8.8 peratus pada Mei 2019,” katanya.

Bagi suku kedua 2019, Mohd Uzir dalam kenyataan berasingan berkata, indeks volum perdaganga­n borong dan runcit berkembang 6.1 peratus kepada 127.8 mata berbanding tempoh yang sama pada 2018, disumbangk­an terutamany­a oleh pertumbuha­n 9.0 peratus dalam perdaganga­n runcit.

“Dalam tempoh sama, indeks volum kenderaan bermotor dan perdaganga­n borong masing-masing turut merekodkan peningkata­n 4.1 peratus dan 4.0 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.