Lelaki bersenjata dilaporkan berkeliara­n di tengah Sydney

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

SYDNEY/MELBOURNE: Pihak polis Australia sedang menyiasat beberapa laporan yang belum disahkan mengenai seorang lelaki bersenjata di pusat bandar Sydney, menurut seorang jurucakap polis semalam.

Pihak polis menggesa orang awam agar mengelakka­n kawasan di sekitar King and Clarence Streets, daerah pusat perniagaan di bandar paling besar di Australia, di mana mereka sedang melakukan satu operasi.

Pihak polis tidak memberikan maklumat lanjut namun Seven News menyatakan seorang lelaki ditahan kerana memiliki sebilah pisau sebagai senjata dan berkeliara­n di sekitar pusat bandar Sydney. — Reuters

— Gambar Reuters

CEDERA: Seorang wanita yang dipercayai ditikam dari belakang diusung ke dalam ambulans ketika polis menyiasat tempat kejadian di Sydney, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.