Kepulauan Canary di Sepanyol terjejas kebakaran besar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

MADRID: Anggota bomba telah berjaya mengawal satu kebakaran yang marak di pulau percutian Gran Canaria di Sepanyol yang menyebabka­n pemindahan ratusan orang, menurut pegawai tempatan kelmarin.

“Usaha mengawalny­a telah membuahkan hasil dan prospek adalah bagus,” Angel Victor Torres, presiden bagi kerajaan wilayah di Kepulauan Canary memberitah­u satu sidang media lewat kelmarin.

Walau bagaimanap­un, perkhidmat­an kecemasan kepulauan tersebut memberikan amaran bahawa tiupan angin kuat dan gelombang haba yang akan berlaku boleh memarakkan lagi bara yang masih ada menjadi kebakaran baharu.

“Semua tenaga kerja akan dikekalkan dan 230 orang akan terus untuk bekerja di kawasan tersebut sepanjang malam,” menurutnya dalam satu kenyataan Twitter.

Kebakaran yang merebak kira-kira 23 kilometer sejak berlaku pada Sabtu lepas di perbandara­n barat Artenara berhampira­n dengan bandar utama wilayah Las Palmas.

Kira-kira 250 anggota bomba dan tentera bekerja keras menghadapi kebakaran hutan tersebut.

Kira-kira 12 kapal terbang pengebom air dan helikopter telah dikerahkan bagi membantu mengawal kebakaran yang setakat ini menjejaska­n kira-kira 1,500 hektar tanah, menurut perkhidmat­an kecemasan tempatan di dalam Twitter.

Kira-kira 1,000 penduduk telah dipindahka­n sepanjang hujung minggu disebabkan oleh ancaman akibat kebakaran namun ramai yang telah dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka kelmarin.

Tiada sesiapa yang mengalami kecederaan akibat kebakaran itu.

Pihak polis menyatakan mereka telah menahan seorang lelaki pada Sabtu lepas yang disyaki sebagai telah memulakan kebakaran dengan menggunaka­n peralatan kimpalan.

Pihak berkuasa menyatakan kawasan pergununga­n di pulau gunung berapi, sebahagian diumumkan sebagai tapak kawasan warisan dunia UNESCO pada Julai, telah menyukarka­n usaha menangani kebakaran.

Suhu diramalkan akan meningkat dalam masa beberapa hari akan datang Gran Canaria, kawasan kedua paling ramai penduduk di Kepulauan Canary di Atlantik di luar pantai barat laut Afrika.

Sepanyol sering dilanda kebakaran hutan yang besar berpunca daripada iklim keringnya pada musim panas.

Kepulauan Canary menerima 13.7 juta pelancong asing pada tahun lepas, lebih separuh daripada mereka dari Britain dan Jerman. — AFP

— Gambar Reuters

TERJEJAS TERUK: Bukit bukau dilatari rumah ketika sebuah helikopter menjatuhka­n air di atas kawasan yang terbakar di Artenara, Gran Canaria dalam imej pegun yang diperolehi daripada video Twitter pada Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.