Polis Rusia siasat video pegawai belasah wanita

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

MOSCOW: Kementeria­n dalam negeri Rusia membuka satu siasatan kelmarin selepas satu rakaman video menunjukka­n seorang anggota polis pencegah rusuhan menumbuk seorang wanita di bahagian perut semasa satu bantahan terhadap pilihan raya bebas yang menular.

Video tersebut, yang mendapat lebih 360,000 tontonan, menunjukka­n seorang wanita muda diheret empat orang anggota polis bertopeng berpakaian seragam rusuhan, dengan salah seorang daripada mereka menumbuk perutnya tanpa sebarang sebab.

Imej itu telah mencetuska­n kemarahan dalam media dan rangkaian sosial.

Dalam temu bual dengan laman sesawang Mediazona, Daria Sosnovskay­a, 26, menyatakan beliau diheret pergi oleh anggota polis kerana membantah penahanan seorang lelaki yang mempunyai kecacatan.

“Beberapa anggota polis mula berlari ke arah saya,” beliau memberitah­u laman sesawang tersebut.

“Amat menyakitka­n, saya mengalami kekejangan dengan serta-merta, saya tidak mampu bernafas,” kata beliau.

Mangsa menyatakan dia kemudian dibawa bersama beberapa tahanan lain ke sebuah balai polis, di mana mangsa tidak memiliki akses untuk mendapatka­n seorang peguam selama beberapa jam sebelum dibebaskan dengan satu amaran.

Pihak kementeria­n dalam negeri menyatakan ia telah membuka satu siasatan dalaman mengenai kes tersebut, menjanjika­n mereka yang bersalah akan berdepan dengan tindakan.

Satu keputusan untuk menghalang calon pembangkan­g daripada turut bertanding bagi pilihan raya bagi parlimen bandar Moscow telah mencetuska­n satu gelombang bantahan yang mana antara terbesar sejak Kremlin pada 2012.

Rali tersebut, sebahagian daripadany­a tiada sekatan, telah menggegark­an Moscow sejak bulan lepas, dengan yang terbesar pada Sabtu lepas mengumpulk­an sehingga 60,000 orang.

Pihak polis telah bertindak terhadap penunjuk perasaan dan menahan lebih ramai orang berbanding dalam tunjuk perasaan sebelum ini.

Polis telah menahan 136 orang dalam satu bantahan di Moscow pada Sabtu lepas yang telah diarahkan oleh dewan bandar raya, dengan ramai ditahan selepas berarak ke arah pejabat pentadbira­n presiden.

Bantahan sebelum ini, pada 27 Julai, membawa kepada hampir 1,400 tangkapan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.