Utusan Borneo (Sarawak)

Berbalas tembakan dengan suspek, pegawai peronda maut, rakan cedera

-

CALIFORNIA: Seorang anggota Peronda Lebuh Raya California (CHP) terbunuh bersama suspek dalam kejadian tembakan dan dua lagi anggota mengalami kecederaan dalam kejadian tembak-menembak di selatan California pada petang Isnin, lapor pihak polis dan media berita.

Seorang penerima laporan CHP mengesahka­n kejadian tembakan dan kematian berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan di Riverside, California, kira-kira 55 batu di Los Angeles hanya di luar Interstate 215 AS.

“Salah seorang anggota kami terkorban akibat kecederaan yang dialami,” seorang wakil CHP menyatakan dalam Twitter lewat kelmarin.

Keadaan dua anggota yang tercedera tidak dinyatakan.

Tiada maklumat rasmi yang lain segera dikeluarka­n anggota polis.

Laporan awal media berita tempatan di tempat kejadian menyatakan seorang anggota CHP bermotosik­al melakukan hentian trafik yang rutin dan suspek telah mengambil selaras raifal dari dalam kenderaann­ya lalu mula menembak.

Anggota polis itu membalas tembakan dan meminta bantuan daripada CHP, Polis dan Pejabat Syerif Riverside, lapor Riverside Press-Enterprise.

Belum dapat dipastikan sama ada anggota polis yang melakukan penghentia­n adalah anggota polis yang terbunuh.

Beberapa das tembakan telah dilepaskan dan pemandu lain berhenti, meninggalk­an kenderaan mereka dan berlari mencari tempat berlindung, menurut media tempatan.

Media penyiaran tempatan menunjukka­n gambar kereta peronda CHP dan kenderaan lain, dengan cermin tingkap pecah akibat tembakan.

Beberapa orang pengguna jalan raya terkena serpihan kaca yang berterbang­an akibat peluru mengenai cermin kereta mereka, kata pihak berkuasa, dan menerima rawatan paramedik di tempat kejadian.

Penyerang bersenjata itu turut menglami kecederaan teruk dan dibawa ke hospital tempatan di mana dia disahkan meninggal dunia, lapor akhbar.

Anggota Polis Riverside, Ryan Railsback memberitah­u akhbar bahawa motif di sebalik kejadian tembakan masih belum diketahui dan akan disiasat lanjut, tanpa mendedahka­n nama suspek. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia