Utusan Borneo (Sarawak)

Rakan penembak Dayton ditahan atas dakwaan senjata api

-

WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 24 tahun yang membeli perisai badan dan alat ganti raifal untuk penyerang bersenjata yang telah membunuh sembilan orang di Dayton, Ohio, diberkas atas tuduhan senjata api, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Ethan Kollie telah didakwa sebagai berbohong mengenai pengambila­n dadahnya dengan alasan untuk membeli senjata, namun tidak didakwa bagi penglibata­n secara langsung dalam kejadian tembakan beramai-ramai pada 4 Ogos lepas di Dayton oleh rakannya Conner Betts, juga berusia 24 tahun.

“Encik Kollie tidak berdepan tuduhan bagi terlibat dengan niat dalam merancang kejadian tembakan itu,” Benjamin Glassman, peguam AS bagi Daerah Selatan Ohio, menyatakan dalam satu sidang media.

“Kami tidak memiliki bukti mengenainy­a dan tiada dakwaan mengenainy­a.”

Glassman menyatakan Kollie didakwa membuat kenyataan palsu mengenai pengambila­n dadah haramnya untuk membeli sepucuk pistol Draco.

Dalam aduan jenayah terhadap Kollie, beberapa ejen FBI menyatakan dia turut mengaku membeli perisai badan, selaras raifal AR-15 dan satu magazin 100 butir peluru untuk Betts dan menyimpan barang-barang tersebut di dalam pangsapuri­nya.

Betts telah mengambil barang-barang tersebut kira-kira enam hingga lapan minggu lepas, kata pihak FBI.

Betts telah ditembak mati oleh pihak polis selepas membunuh sembilan orang di luar bandar Dayton, termasuk adik perempuann­ya yang baharu berusia 22 tahun, pada awal pagi 4 Ogos.

Pihak FBI telah menyatakan bahawa Betts telah mengkaji ideologi kejam sebelum melakukan serangan namun menolak untuk memberikan sebarang maklumat tentang apa yang mereka lakukan.

Kejadian tembakan di Dayton muncul hanya beberapa jam selepas seorang yang mengakui anggota ketuanan kulit putih membunuh 22 orang di El Paso, Texas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia