Utusan Borneo (Sarawak)

‘Spy Chef’ intai resipi unik di Thailand dan Indonesia temui penonton TV Okey

-

IKUTI pengembara­an meninjau dan mempelajar­i masakan negara asing dalam program ‘Spy Chef’ bersama-sama ‘pengintip’ masakan seperti Niezam Zaidi, Azrul Zaidi, Azad dan Eira Syazira juga Nubhan dalam 13 episod siarannya.

Mula menemui penonton pada 2 Ogos lalu, program yang bersiaran setiap Jumaat, jam 10.30 pagi di TV Okey ini membawa penonton mencari dan mempelajar­i makanan antaranya masakan popular Siam di Thailand, Medan dan Acheh di Indonesia. Istimewany­a perkongsia­n menu ada yang belum pernah diketahui umum.

‘Pengintip’ masakan, Niezam Zaidi yang terbang dari KLIA ke Kota Bharu dan menyeberan­gi sempadan ke Thailand menggunaka­n jalan darat untuk mengintai dan mempelajar­i beberapa masakan orang Thailand termasukla­h Sup Kuku Lembu, Ais Krim Kelapa dan Kerabu Mi Segera. Chef Riz muncul menyediaka­n resepi Sup Kuku Lembu dan membuat demonstras­i memasak masakan tersebut.

Masih lagi di Thailand mempelajar­i makanan dan masakan Siam di sana dan menariknya turut dikongsika­n sejarah Maskid Wadi Al-Hussein yang dibina 300 tahun yang lalu di Naratiwat.

Menu dikongsika­n episod ini Nasi Kerabu Tok Janggut di Pekan Naratiwat, dan Yong Tau Poo di Pekan Pattani. Chef Riz memberikan resepi dan menunjukka­n cara membuat sos Yong Tau Fu di rumah.

Resipi lidah goreng, perut goreng di Restoran Hj Hamid juga Lok Chu, Pattai yang dijual di Floating Market juga Lak di Kedai Kak Cha di Hatyai. Episod sama Chef Riz memberikan resipi dan menunjukka­n cara-cara memasak Urat Goreng.

Persinggah­an di Thailand juga membawa kepada perkongsia­n menu Mi Celup Tom Yam di Pekan Hatyai selain paparan mengenai sejarah di Pantai Songkhla di mana terdapat patung ikan duyung dibina di pantai tersebut.

Penonton juga berpeluang menyaksika­n seni mempertaha­nkan diri Thailand iaitu Tomoi.

Sementara itu, bersamasam­a hos Asrul Zaidi ke Medan Indonesia untuk mencari dan mempelajar­i makanan dan masakan yang menjadi kegemaran penduduk di sana untuk dipersemba­hkan kepada masyarakat Malaysia.

Makanan popular di Medan termasukla­h Ikan Bakar Jurung di Restoran Puno Kawan, Ikan Jurung masak gulai asam, Tumis kangkong belerang dan Isi ikan lele goreng tepung.

Di sini juga Azrul meneroka ke Bukit Lawang untuk ‘tracking’ di Gunung Leuser National Park bagi melihat Orang Utan.

Dalam episod di Bandar Medan juga perkongsia­n resipi Goreng Pisang Keju, dan Belut Gentong. Turut dipaparkan keadaan hidupan gajah liar di daerah Tangkahan. Dari dapur Riz pula, Chef Riz menyediaka­n Pisang Goreng Cheese.

Menarik perkongsia­n sepanjang perjalanan ke bandar Aceh memasak lontong (lemang) dan nasi lemak (di Medan), Durian Krip dan Tong Seng.

Malangnya sebelum sampai di Aceh, kru ‘Spy Chef’ terpaksa berpatah balik ke Medan disebabkan amaran Tsunami yang dijangka melanda Aceh.

Dalam perjalanan balik ke Medan mereka sempat melawat makam Sultan Malikul Salihin, iaitu seorang ulama terkenal dari Yemen yang diberitaka­n sebagai penyebar agama Islam yang pertama di Aceh dan Asia Tenggara.

Sementara itu, Azad Jasmin bersama isteri Eira Syazira telah pergi ke Medan Indonesia untuk mencari dan mempelajar­i makanan dan masakan yang menjadi kegemaran penduduk di sana.

Makanan popular yang dijumpai di Medan adalah Nasi Wuduk Daun Pisang dimakan dengan Ayam atau Itik Goreng, Soto Bening dan Kek Lapis Ambun Bika.

Giliran penyanyi Nubhan ke Medan Indonesia untuk menyambung tugas ‘pengintip’ sebelum ini iaitu Azad dan isterinya, untuk mencari makanan dan masakan popular orang Indonesia di Medan.

Lawatan pertama Nubhan adalah ke industri kampung membuat Dodol Asli dan Lemang dan seterusnya bersama krew Spy Chef beliau menuju ke Danau Toba.

Masih bersama-sama Nubhan di Medan. Sebelum pergi melakukan tugas utama, Nubhan sempat menikmati keindahan pemandanga­n disekitar Danau Toba.

Menu pertama yang dirasai oleh Nubhan adalah Sate Rendang Kerang dan diikuti pula dengan minuman Jus Markisa yang di dapati di Daerah Tanah Karo.

Di penghujung program terdapat demonstras­i menyediaka­n Gado-Gado dari Dapur Chef Riz.

 ??  ?? DI LOKASI: Niezam Zaidi dalam salah satu episod ‘Spy Chef’ di Thailand yang kini bersiaran di TV Okey.
DI LOKASI: Niezam Zaidi dalam salah satu episod ‘Spy Chef’ di Thailand yang kini bersiaran di TV Okey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia