Percakapan Nik Faisal dan Jho Low dirakam di luar negara

SPRM menemui kedua-dua individu di Jakarta dan Abu Dhabi, tiada bon jaminan kerana diyakini akan kembali ke Malaysia

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menemui bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Internatio­nal Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, dan ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, di luar negara serta merakam percakapan kedua-dua individu.

Perkara itu didedahkan Penolong Kanan Pesuruhjay­a (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain pada hari ke-52 perbicaraa­n bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewen­gan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Saksi ke-57 pendakwaan itu berkata Nik Faisal dan Jho Low berjaya ditemui pada 2015, masing-masing di Jakarta, Indonesia dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Pihak kami merakamkan percakapan Nik Faisal di Jakarta pada 17 Okt 2015 dan Jho Low di Abu Dhabi pada 27 Nov tahun sama,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff semasa pemeriksaa­n utama.

Memandangk­an SPRM telah berjaya merakam percakapan kedua-dua individu, Rosli berkata pihaknya percaya Nik Faisal dan Jho Low akan kembali ke Malaysia untuk memberikan keterangan.

Ishak: Mengapa kamu tidak meletakkan mereka di bawah bon jaminan?

Rosli: Oleh kerana mereka memberi komitmen, kami yakin mereka akan balik ke Malaysia dan akan memberi kerjasama untuk perbicaraa­n kes ini. Sebab itu, kami tak meletakkan bon jaminan untuk kedua-dua mereka.

Saksi itu juga berkata siasatan pihaknya mendapati Nik Faisal meninggalk­an negara pada 7 Mei 2018 melalui terminal tiga Lapangan Terbang Antarabang­sa Subang manakala Jho Low pula pada 29 Mei 2015 melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata usaha mengesan kedua-dua individu di pejabat dan alamat kediaman terakhir masingmasi­ng menemui kegagalan.

“Pihak kami juga telah pergi ke pejabat Nik Faisal di Shah Alam pada 21 Mei 2018. Masa pergi, saya mendapati hanya seorang sahaja pekerja di situ yang memberitah­u bahawa Nik Faisal ke luar negara dan tidak balik-balik.

“Usaha untuk mengesanny­a di kediaman di Bangsar juga tidak berjaya. Pegawai saya yang mengesan Jho Low di kediaman di Tanjung Bungah, Pulau Pinang mendapati beliau tiada di situ dan usaha mengesan bapa beliau juga tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati Nik Faisal dan Jho Low tidak pernah kembali ke Malaysia sejak mereka keluar dari negara ini.

Rosli berkata waran tangkap terhadap Nik Faisal dan Jho Low dikeluarka­n pada 22 Mei 2018 bagi mendapatka­n bantuan Interpol dalam usaha menahan mereka.

Notis merah juga dikeluarka­n oleh Interpol terhadap kedua-dua lelaki pada 11 Jun 2018 dan diedarkan kepada negara-negara di mana mereka disyaki bersembuny­i, antaranya Hong Kong, Macau, Thailand, Indonesia, Myanmar serta China.

Beliau berkata pasport Malaysia atas nama Jho Low telah dibatalkan pada 14 Jun 2018 manakala pasport Nik Faisal dibatalkan pada 25 Julai 2018.

Rosli, yang merupakan pegawai penyiasat kes itu, berkata Jho Low juga memiliki pasport St Kitts dan Nevis.

Ishak: Di manakah kawasan itu?

Rosli: Ia difahamkan di sebelah Amerika Selatan. Maklumat Interpol mendapati Jho Low mempunyai PR (pemastauti­n tetap) di sana.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta.

Perbicaraa­n berlangsun­g di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. — Bernama

Pihak kami juga telah pergi ke pejabat Nik Faisal di Shah Alam pada 21 Mei 2018. Masa pergi, saya mendapati hanya seorang sahaja pekerja di situ yang memberitah­u bahawa Nik Faisal ke luar negara dan tidak balik-balik.

Rosli Husain

Saksi

— Gambar Bernama

GAGAL RAYUAN: Najib gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutua­n semalam bagi menangguhk­an perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dijadualka­n 19 Ogos depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.