Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu pakej umrah

-

SUNGAI PETANI: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, terhadap empat pertuduhan menipu pakej umrah membabitka­n kerugian sebanyak RM12,000 pada 2012 dan 2013 lepas.

Nurul Yasmin Rosli, 30, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Bagi pertuduhan pertama, Nurul Yasmin didakwa melakukan penipuan terhadap Nooriah Hanafi untuk membayar sebanyak RM1,800 bagi tujuan pakej umrah, di Nombor 1129, Jalan Bandar Puteri Jaya 3/27, Bandar Puteri Jaya di sini, pada 7 Julai 2012.

Tertuduh kemudianny­a didakwa sekali lagi menipu pengadu yang sama, untuk membayar wang tunai sebanyak RM1,770 untuk tujuan sama, pada Disember 2012 di tempat yang sama.

Bagi tuduhan ketiga Nurul Yasmin juga didakwa menipu Nooriah untuk membuat bayaran sebanyak RM3,120 di kaunter Maybank Cawangan Taman Ria Jaya di sini, pada 14 Februari 2013.

Seterusnya suri rumah itu didakwa memperdaya Mazlifah Omar untuk memasukkan RM5,310 ke dalam akaun bank tertuduh untuk bayaran pakej umrah di kaunter Maybank Cawangan Taman Ria Jaya di sini, pada 3 Jan 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi semua pertuduhan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta sebat dan denda.

Majistret kemudianny­a membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya S.Pavitra, manakala tertuduh diwakili peguam Ruzanna Abdul Rahim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Anggota polis mengiringi Nurul Yasmin selepas di tuduh atas kesalahan menipu umrah di Mahkamah Majistret 3 Sungai Petani semalam.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Anggota polis mengiringi Nurul Yasmin selepas di tuduh atas kesalahan menipu umrah di Mahkamah Majistret 3 Sungai Petani semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia