Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki menyamar penasihat Istana Negara didakwa

-

PUTRAJAYA: Seorang pengusaha gerai makan di Temerloh, Pahang didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana menipu dengan menyamar sebagai penyelia proses pencairan dan pembekuan aset Istana Negeri Sarawak sehingga mendorong seorang wanita berusia 41 tahun membayar RM100,000 kepadanya.

Mohd Salimie Baharudin, 26 mengaku tidak bersalah dengan curangnya memperdaya mangsa di lokasi di No 2, Jalan P10B/11, Presint 10 di sini pada 1 Ogos lalu dengan menjanjika­n imbuhan tiga kali ganda berbanding jumlah wang RM100,000 yang diserahkan kepadanya dalam beberapa akaun secara berperingk­at.

Dia menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Majistret Shah Wira Abdul Halim menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Sept depan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi manakala tertuduh diwakili peguam Noor Svetlana Mohd Noor Noordin.

Laporan media sebelum ini menyebut polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai Setiausaha Sulit kepada Yang diPertuan Agong dan Penasihat Istana Negara bergelar Datuk Seri untuk menipu kononnya melepaskan aset Istana Sarawak bernilai RM1.8 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Mohd Salimie didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam kerana menipu dengan menyamar sebagai penyelia proses pencairan dan pembekuan aset Istana Negeri Sarawak sehingga mendorong seorang wanita membayar RM100,000 kepadanya.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Mohd Salimie didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam kerana menipu dengan menyamar sebagai penyelia proses pencairan dan pembekuan aset Istana Negeri Sarawak sehingga mendorong seorang wanita membayar RM100,000 kepadanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia